Ya Allah, kami sangat merindui Sang kekasihMu!!!

Aku mula penulisanku ini dengan lafaz syukur yang tidak terhingga kepada Sang Pencipta kerana masih lagi membekalkan hidayah dan taufiq daripadaNya. Selawat dan salam keatas junjugan besar Penghulu segala anbia’ iaitu Sayyiduna Muhammad SAW dan kepada ahli keluarganya..
Bersykurlah kamu sekalian kerana masih mampu lagi untuk mengecapi lagi nikmat Iman dan Islam. Kamu masih lagi dapat menyebut dan melafazkan lagi kalimah syahadah. Marilah kita mamperbaharui Iman kita dengan kita melafazkan bersama-sama bagi sesiapa yang sedang membaca penulisan alfaqir ini, " أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله." .
Sekiranya Allah SWT menganugerahkan kepada segala nikmat dunia dan seisinya kepada diri kita, tetapi tidak dianugerahkan nikmat untuk mengucapkan lafaz kalimah toyyibah ini, maka kita merupakan hamba yang rugi dan dicelakan oleh Allah SWT manakala bagi seseorang yang tidak dianugerahkan nikmat dunia dan seisinya, tetapi dianugerahkan lidah yang mudah dan lancar umtuk melafazkan kalimah ini, maka ia merupakan hamba yang beruntung dan mendapat kejayaan di sisiNya. Sekiranya kamu menimbang kalimah toyyibah dengan dunia dan seisinya di atas sebuah neraca, nescaya kalian akan melihat kalimah toyyibah ini lebih berat daripada dunia dan seisinya. Semua ini adalah dengan keberkatan Muhammad ibn Abdullah..Bodah dan rugilah bagi seseorang yang tidak berselawat dan mencintai Baginda SAW sebagai tanda syukur menjadi umat Baginda yang sangat dikasihi oleh Allah SWT.

Ya Allah kami merayu kepadaMu, himpunkan kami di padang Mahsyar kelak bersama Nabi Muhammad SAW.

Wahai saudaraku mengapa hati kita sombong dan ego tidak mahu berselawat dan mencintai, kasih kepada Baginda. Sedang diciptakan kita seluruh dan sekalian makhluk yang lain adalah asbab dijadikan nur yang penuh kemuliaan iaitu Nur Muhammad SAW.


Wahai saudaraku seperjuangan!! Wajib keatas kita mencintai, rindu dan kasih kepada Sang kekasihNya. Berdasarkan firman Allah SWT di dalam Surah Al Taubah, ayat:24 yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu (atau suami-suami kamu), kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usakankamu, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya, dan daripada berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan kepetusanNya (azab seksaNya); kerana allah tidak akan member petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka).”

Cukuplah ancaman dan juga balasan dahsyat yang dijanjikan oleh Allah bagi orang-orang yang mengasihani kaum keluarganya, harta bendanya melebihi kecintaannya kepada Allah dan Rasul SAW menjadi motivasi, peringatan, dalil yang jelas dan hujjah yang menunjukkan ke atas thasbit kewajipan dan kefardhuan mengasihi Nabi SAW, membesarkan kedudukan Baginda SAW, dan tuntutan melaksanakan hak mengasihinya dengan sempurna.

Malah di dalam hadis juga dituntut mencintai Nabi SAW. Di antaranya ialah hadith yang dipetik daripada riwayat Anas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak beriman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihi daripada anaknya, ibu bapanya dan manusia seluruhnya”.

Kekadang mengalir air mataku membasihi mimpi, pertanyaan di dalam lubuk hati kecil ini, ‘sejauh mana kecintaanku terhadap Rasulullah SAW dan mana bukti aku mencintai Rasululallah SAW???.Sedih mendengar kisah percintaan para sahabat dan para salafussoleh terhadap Baginda SAW..Ingin aku bawakan beberapa kisah mereka disini:


Daripada Ibnu Ishaq: Bahawa seorang wanita Ansar telah terbunuh bapanya, saudaranya dan suaminya dalam peperangan Uhud bersama Rasululallah SAW. Maka ia berkata: Bagaimanakah keadaan Rasulallah SAW? Mereka menjawab: Keadaan Baginda, Alhamdulillah sebagaimana yang kamu sukai. Kata wanita itu: Perlihatkanlah Baginda SAW kepadaku sehingga aku boleh melihatnya. Maka tatkala dia melahatnya, dia berkata:
“Setiap musibah yang menimpaku, selepas melihat engkau berada dalam keadaan sihat dan selamat, menjadi kecil bagiku”
Tatkala Sayyiduna Bilai RA hamper meninggal dunia, isterinya berseru: Alangkah sedihnya! Lalu Bilal berkata:
“Alangkah gembiranya aku! Esok aku akan bertemu dengan insan yang paling aku kasihi, Muhammad dan sahabat-sahabatnya.”
Diriwayatkan bahawa seorang wanita berkata kepada Sayyidutuna Aisyah: Bukakanlah untukku tabir maqam Rasulallah SAW. Maka beliau membukanya. Lantas wanita itu menangis sehingga meninggal dunia.

Wahai umat Muhammad SAW!!! Kata ulama’: Yang dimaksudkan kasih terhadap Nabi SAW ialah Beriktiqad bahawa wajib membantu agamanya, mempertahankan sunnahnya daripada terhapus, mengikutnya dan takut sekiranya menyalahi jalannya.
Persoalannya, Sejauh mana kita melibatkan diri kita dalam meneruskan perjuangan Rasulullah SAW??? sejauh mana kita menegakkan SunnahNya???
Janganlah kita terus tenggelam dan lemas di dalam kelalaian maksiat,marilah kita bangun daripada kesedaran untuk menolang agama Islam..marilah kita menjadi tentera-tentera Allah…

Ya Allah! anugerahkan kepada kami perasaan yang membenih di jiwa kami,iaitu perasaan cinta kepada Sang kekasihMu, dan matikanlah kami dalam Islam..aamin ya Rab!!

No Response to "Ya Allah, kami sangat merindui Sang kekasihMu!!!"

 
powered by Blogger