CoReTan

Ya Allah !
Kenapakah hati ini begitu keras untuk mengingati Mu ?
Mungkinkah jiwaku sudah penuh dengan kekotoran ?
Setiap hari aku solat, membaca Al-Quran
Tetapi aku tidak dapat merasai kenikmatan
Bagaimanakah akan aku tempuhi hidup ini ?
Adakah jiwa ini akan dapat Engkau terima ?


Ya Allah !
Janganlah Engkau tinggalkan aku
Janganlah Engkau biar jiwa ini ternoda dengan kemaksiatan
Apalah diri ini tanpa Mu
Aku begitu lemah untuk mengharungi
Gelombang dunia ini……..


Ya Allah !
Hanya kepada Engkau
Tempatku mengadu
Hanya kepada Mu tempat aku
Mencurahakan perasaanku
Kerana aku tahu hanya Engkau
Yang dapat membimbing
Jiwaku yang kerdil ini


Maka bimbinglah aku Ya Allah
Pimpinlah aku, pimpinlah aku
Pimpinlah akuuuu….Ya Allah !


Nukilan: Hj Ibrahim Mohamad

Hati, lisan dan perbuatan mesti berjalan seiring di atas satu landasan
Hati senantiasa mengingati ALLAH
Lisan pula dibasahi dengan keasyikkan memuji kebesaranNya
Manakala perbuatan mesti di zahirkan untuk mengabdikan diri kepadaNya
Seorang da’ie mesti sentiasa bertawakal kepadaNya
Janganlah mudah berputus asa untuk sentiasa memaksakan diri bermunajat kepadaNya

Batu yang dititis air dengan satu titisan air sahaja pada setiap hari
Akan menyebabkan memberi kesan lalu pecah batu tersebut
Begitu jugalah hati manusia
Apabila hati sentiasa dipukul dengan zikir
Maka ia akan memberi kesan yang bermakna di dalamnya
Dan akan terpancar cahaya makrifatullah padanya.


Coretan: alfaqir

No Response to "CoReTan"

 
powered by Blogger