Peranan zikir dalam kehidupan


Maksudnya: Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (Ulul- Albab), (yaitu) orang-orang yang mengingat “ALLAH” sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa nerakaMu !!”.

Zikir merupakan satu amalan yang sangat dituntut di dalam kehidupan, mahu atau tidak mahu untuk menjadikan perjalanan kehidupan seseorang sakinah, selamat, maka ia tidak boleh pisahkan kehidupan dengan berzikir kepada Allah SWT. Allah menerangkan di dalam Al-Quran, surah al- Jumu’ah ayat 10 yang bermaksud, “ Dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya supaya kamu beruntung.”

Alangkah gembiranya sekiranya seorang kuli atau hamba selalu diingati dan senantiasa mendapat belas kasihan daripada majikannya !!! Begitulah kita sebagai hamba di atas Bumi ini akan sentiasa mendapat rahmatNya, pertolanganNya dan ihsanNya sekiranya didalam kehidupan kita senantiasa mengingati tuan yang menciptakan kita….Di dalam surah Al-Baqarah ayat 152 yang bermaksud, “ Kerana itu, ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.”

Wahai pejuang sunnah nabi SAW, sudah menjadi kewajipan bagi kita (pendakwah) mendidik hati akan segar dan jernih, menghilangkan karat di hati, menjadikan hati yang peka….maka Salah satunya jalan untuk mendapat hati sedemikian dengan zikrullah. Dalam hadis nabi SAW yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi, yang bermaksud:

“Tiap satu itu ada penggilapnya. Penggilap hati ialah zikrullah. Tidak ada (perbuatan) yang lebih menyelamatkan seseorang dari azab Allah lain dari zikrullah.” Sahabat bertanya: “Jihad fisabilillah pun tidak boleh (menandinginya).” Jawab Rasulallah SAW : “Walau pun ia terus mencantas musuh dengan pedang sampai jatuh.”

Sahabat!!! Rasa kehadiran Allah di dalam hidup yang penuh dengan onak duri, pukulan ombak yang besar, ia akan wujud dengan hati yang selalu ingat kepadaNya……Rasa Allah sentiasa memerhati garak dan diam kita ialah dengan zikrullah..Satu kisah yang alfaqir bawa disini:

‘Abdullah bin Dinar menceritakan; bahawa pada suatu hari saya keluar bersama ‘Umar Ibnu Khattab R.A. menuju Mekah. Di tengah jalan kami rehat. Kemudian tutun kearah pengembala kambing dengan kambing gembalaannya. Beliau berkata: “Hai pengembala, jualkanlah kepadaku seekor dari kambing-kambing ini.” Pengembala itu lantas menjawab; katanya: “Saya ini hanyalah seorang hamba (khadam).” ‘Umar R.A. berkata: “Katakanlah kepada tuanmu bahawa dia telah dibaham serigala.” Pengembala itu lantas meningkah dan berkata: “Di manakah Allah??” (mendengar jawapan itu) ‘Umar R.A. pun menangis. Kemudian beliau membeli pengembala tersebut dari tuannya dan memerdekakannya: ‘Umar berkata kepadanya: “Ucapanmu itu telah membebaskan engkau (dari perhambaan). Aku berharap ia dapat pula membebaskan engkau di akhirat kelak.”

Pada suatu ketika seorang lelaki datang meminta nasihat daripada Rasulallah SAW. Maka Rasulallah SAW pun berkata: “Apabila engkau hendak melakukan sesuatu, maka kajilah akibatnya. Kalau sekiranya elok maka teruskan. Kalau sekiranya buruk maka hentikanlah,”

Mudah-mudahan kita diberikan kekutan untuk berzikir kapadaNya !!!

Saidina Ali r.a telah memberikan empat sifat orang bertakwa:

1) Ia takut Allah kerana keagunganNya

2) Ia melaksanakan ajaran yang diturunkan Allah

3) Ia redha dengan rezeki yang sedikit

4) Ia membuat persediaan untuk menghadapi hari kematian.



“Kami rela kalah kerana melaksanakan Islam, kita rela ditolak rakyat kerana melaksanakan suruhan Allah, apalah ertinya sebuah pemerintahan tanpa redha Allah.” –Tn.Guru Hj Hadi Awang

“kejayaan bg. Sesuatu cita-cita atau fikrah hanya akan tercapai apabila mendokong fikrah itu mempunyai keimanan yang kuat, keikhlasan yang padu, semangat yang tinggi serta kesediaan untuk berkerja dan berkorban secara berterusan.” – al-murabbi, almarhum Ust Fadzil Mohd Noor.


No Response to "Peranan zikir dalam kehidupan"

 
powered by Blogger