huBungKait anTara saBar Dengan MemujiNYA

Surah Taha: 130

فَاصْبِرْ عَلَى مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا وَمِنْ آنَاء اللَّيْلِ فَسَبِّحْ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ لَعَلَّكَ تَرْضَى

Maksudnya: Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu di malam hari dan pada waktu-waktu di siang hari, supaya kamu merasa senang”.

Hendaklah engkau bersabar menghadapi perkataan-perkataan mereka yang kufur, mengejek, mengingkari dan menolak. Janganlah engkau bersusah hati dan sedih terhadap sikap mereka. Bertawajjuhlah kepada Allah dan bertasbihlah dengan memuji Allah sebelum matahari terbit, dan sebelum ia terbenam, iaitu bertasbihlah di limun-limun pagi yang tenang ketika siang hari mula bernafas dan berkembang dengan kegiatan hidup dan bertasbihlah di waktu senja yang tenang ketika matahari sedang memberi selamat tinggal dan alam mula menutup matanya. Bertasbihlah dengan memuji Allah di waktu-waktu siang dan malam dan berhubunglah dengan Allah di sepanjang hari supaya…….


Ucapan tasbih itu merupakan perhubungan dengan Allah, dan setiap jiwa yang berhubung dengan Allah akan merasa tenang tenteram dan puas. Ia merasa puas kerana berdamping dengan Allah Yang Maha Pengasih dan merasa tenang tenteram kerana berada di bawah perlindungan Allah yang aman.

Kepuasan jiwa dan kerelaan itu merupakan hasil dari amalan tasbih dan ibadat. Ia merupakan ganjaran secara langsung yang tumbuh di dalam jiwa dan berkembang subur di dalam lipatan-lipatan hati seseorang.

Wahai pejuang-pejuang Islam, marilah kita menjalinkan hubungan yang baik dengan Allah SWT. Hati yang senantiasa asyik dalam mengingatiNYa, lidah sentiasa basah memujiNya, zahirkan perbuatanmu dalam melakukan ‘ubudiyyah kepadaNya..
Wahai pejuang Islam, bulatkan segala perbuatan yang dilakukan hanya sanya untukNya. Taatilah Sang Pencipta dan Sang kekasihNya, maka ia merupakan syarat kemenangan untuk Islam.

Ya Allah, anugerahkan kepada kami sifat-sifat yang sepertimana Engkau anugerahkan kepada Salahuddin Al-Ayubi dan Sultan Muhammad Al- Fateh !

Wahai pemuda Islam, marilah kita menghayati beberapa bait dari sajak-sajak Rabi’atul ‘Adawiyah yang dapat kita saksikan kecintaan beliau yang tulen terhadap Allah SWT..Mudah-mudahan dengan membaca syair ini dapat mengegarkan hati kita yang keras ini untuk mencintai Allah SWT.


Semoga Engkau tetap manis terhadapku
Biarpun hidup ini pahit getir semuanya
Semoga Engkau tetap redha terhadapku
Biarpun insan murka seluruhnya
Semoga hubunganku dengan-Mu tetap subur
Biarpun hubunganku dengan semesta alam hancur
Jika cinta dari-Mu tetap benar
Maka segala sesuatu adalah remeh belaka
Dan segala yang wujud di atas tanah
Adalah seperti tanah sahaja….


Rakan seperjuanganku, hidup kita adalah sementara, dunia adalah satu tipu daya, perjalanan kita sekarang sedang bergerak menuju kepadaNya. Ajal sudah ditetapkan oleh Allah semasa kita masih di dalam kandungan ibu lagi. Ia tidak boleh dipercepatkan atau tidak pula dikurang sedikit pun
Kita perlu mempersiapkan diri untuk menghadapinya agar kita memperolehi husnul khatimah.

Marilah kita memaksakan diri kita dalam mentaatiNya, Dunia diibaratkan neraka bagi orang Mukmin manalaka syurga bagi orang kafir..Untuk merasakan Allah senantiasa berasama maka disitu perlukan pengorbanan dan perjuangan. Mudah-mudahan Allah memberikan kita kekuatan untuk melakukan pengorbanan dan perjuangan agar ia menjadi asbab kita dipermudahkan oleh Allah ketika sakaratulmaut.

Ada sebuah hadis yang bermaksud, “Wahai saudaraku, saat nyawa dicabut, sakitnya seperti 400 tetakan pedang.”

Bahkan daripada Amir bin Ash, dikatakan sakitnya sakaratumaut itu seperti sekujur tubuh kita ini dililit kawat berduri yang mencengkam otot-otot badan. Semasa dicabut nyawa, tertariklah kawat-kawat berduri itu sekali gus. Tersiat tubuh badan serta merta.

Semoga Allah merahmati kita pada saat-saat sakaratulmaut.


Kenapa kita tidak mahu mengorbankan kehidupan kita untuk membalas jasa Sayyiduna Muhammad SAW, sedangkan Baginda mendoakan kepada kita agar umatnya diringankan seksaan ketika sakaratulmaut. Mengapa kita tidak mahu menyambung perjuangan Baginda SAW ?? Mengapa kita tidak mahu menghidupkan sunnahnya dan menyebarkan sunnahya???..mengapa kita tidak mahu berselawat kepadanya, sedangkan Allah dan para malaikat berselawat kepadanya.

Diriwayatkan Addaruquthi dari Umar ibnul Khattab bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
ان الجنة حرمت على الانبياء حتى ادخلها, وحرمت على الآمم حتى تدخلها امتي
Ertinya: “Sesungguhnya syurga diharamkan atas nabi-nabi sampai aku memasukinya dan diharamkan atas semua umat sampai umatku masuk ke dalamnya.”

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Ibni Buraidah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
اهل الجنة عشرون ومائة صف, هذه الامة من ذلك ثمانون صفا
Ertinya: “Penghuni syurga adalah seratus dua puluh saf, delapan puluh saf daripadanya adalah terdiri dari umat ini.”

No Response to "huBungKait anTara saBar Dengan MemujiNYA"

 
powered by Blogger