Wujud kita BUKAN hakiki

Wujud kita Bukan Hakiki

Suasana alam yang indah
Bagaikan menggerakkan
Seluruh jiwa dan raga
Untuk menari tarian kerinduan
Bersama muzik geseran alam
Bersama menari tarian cinta

Marilah wahai teman
Marilah wahai insan
Walau apapun wajahmu
Walau apapun pangkat dan bangsamu
Marilah…….

Kita menari dengan ayunan
Kerinduan dan kecintaan
Tinggalkan segalanya
Kosongkan segalanya
Kebelengguan nafsu khayalan
Segalanya itu merungsingkan
Segalanya itu penderitaan

Ayuh marilah
Asyikkan dirimu dengan irama
Muzik kecintaan dan kerinduan
Pada Yang Jamal dan Kamal
Pandanglah pandanglah
Sehingga engkau karam
Dalam minuman kemabukkan
Asma-asma Tuhan

Ayuh menari
Janganlah dihiraukan apa pandangan
Aku adalah sang perinduNya
Aku adalah sang pencariNya
Aku adalah pemabuk
Pada Kekasih yang hakiki.

Nukilan: Hj Ibrahim Mohamad.

Coretan alfaQir:

Aku pelik dengan ragam masyarakat sekarang….
Mereka terus tenggelam dalam kecintaan pada dunia..
Akhirnya mereka akan lemas dalam mencari destinasi yang sebenar…
Mereka tidak sedar bahawa, semakin bertambah hari perjalanan hidup mereka..
Semakin dekat kepada Sang Pencipta,
Mereka masih terus alpa bahawa kehidupan di dunia adalah sementara dan seketika sahaja
Kehidupan di dunia hanya diibaratkan sebagai persinggahan yang singkat kerana perjalanan masih jauh lagi
Mereka sedar tentang hakikat dunia yang fana’ ini, tetapi mereka masih lalai dalam mengingatiNya.
Mereka lebih suka mencari cinta yang tidak kekal iaitu cinta makhluk
Berbanding ingin mencari dan meraih cinta yang kekal..
Mereka masih memenjarakan akal yang dianugerahkan dengan hawa nafsu

Wahai saudaraku!!!
Bangunlah!!
Sedarlah!!!
Daripada terus tidur dalam kelalaian..
Marilah kita mencari cinta yang sebenar..
Marilah kita berkhidmat kepadaNya..
Biar kita letih dan penat disini
Agar kesenangan nikmat yang hakiki menanti di sana..
Marilah kita menghayati asma’-asma’Nya yang sempurna
Maka ia menyebabkan, kita dapat melakukan semua kebaikkan
Dan menjauhkan dari segala kejahatan..
Marilah kita melenyapkan kewujudan diri kita
Kewujudan yang hakiki adalah Sang Pencipta..
Cukuplah dengan maksiat yang kita lakukan
Marilah kita kembali kedalam dakapan kasih sayangNya

Aku merayu sangat kepada semua!!! Marilah kita berkhidmat untuk Islam
Marilah kita membawa panji-panji Islam
Marilah kita membanggakan hati Sang kekasihNya.

Mudah-mudahan kita mati dalam Islam!!!

No Response to "Wujud kita BUKAN hakiki"

 
powered by Blogger