Wasiat Nabi Muhammad S.A.W. Kpd Saidina Ali R.A.


Wahai Ali, bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci akan perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali, bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya
1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendah diri

Wahai Ali, bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya
1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhkan diri daripada kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali, bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali, bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya
1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH S.W.T.

19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis


1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Peroleh Kejayaan Dengan Redha atau Murka Allah?


Sekumpulan nelayan turun ke laut untuk menangkap ikan. Setelah tiga hari mereka berada di laut, mereka langsung tidak mendapat walau pun seekor ikan. Pada masa yang sama terdapat sekumpulan lagi nelayan yang mendapat banyak ikan, tetapi mereka ini tidak pernah sujud kepada Allah.

Kumpulan yang pertama tadi berkata: Subhanallah, kita solat tetapi gagal menangkap ikan walaupun seekor. Sementara mereka yang tidak pernah sujud kepada Allah mendapat banyak hasil tangkapan. Lantas syaitan membisikkan kepada mereka agar meninggalkan solat. Mereka terpedaya dengan bisikan tersebut lalu mereka tidak solat subuh, zohor dan asar.

Selepas asar mereka pergi untuk menangkap ikan dan Berjaya menangkap seekor ikan. Mereka menangkap ikan itu dan membelah perutnya. Mereka semua terkejut kerana didapati sebutir mutiara yang mahal dari perut ikan itu. Salah seorang berkata : Subhanallah, ketika kita taat kepada Allah kita tidak mendapat apa-apa. Namun ketika kita menderhakainya kita mendapat mutiara. Sesungguhnya rezeki yang kita peroleh ini tidak patut diterima.

Kemudian dia mencampakkan mutiara itu ke laut. Dia berkata : semoga Allah menggantikannya dengan yang lebih baik. Demi Allah aku tidak akan menerimanya kerana Allah berikan ketika kita tidak solat kepadaNya. Marilah kita berpindah ke tempat kita melakukan dosa ini.

Selepas tiga batu mereka meninggalkan tempat itu, mereka berusaha untuk menangkap ikan buat kali kedua. Mereka Berjaya menangkap ikan Kun’ud. Perut ikan itu dibelah dan ternyata didapati sebutir mutiara. Mereka berkata : segala puji bagi Allah yang telah memberi rezeki yang baik kepada kita. Ini diperolehi selepas mereka bersolat, berzikir dan bertaubat kepada Allah. Maka mereka menerima mutiara tersebut.

Suntingan daripada kitab :
La Tahzan : Dr Aidh bin Abdullah al-Qarniy
Sumbangan: salammahabbah.ning.com

PENGAJARAN :

1- Allah memberi kejayaan kepada sesiapa sahaja yang berusaha walaupun seseorang itu mendurhakaiNya.
2- Rezeki yang berkat diberikan dalam keadaan seseorang itu sentiasa mentaati Allah.
3- Allah sentiasa menguji hambaNya untuk meningkatkan keimanan.
4- Pilihlah memperoleh kejayaan dalam keadaan mentaati Allah.

D@KWAH VS TARBIYYAH


Dakwah dengan tarbiyyah, yang mana lebih utama??? yang mana lebih penting??? Yang mana perlu di tekankan dan perlu di ihtimamkan??? Inilah soalan sering diajukan dan yang sering bermain di mulut para da’ie…ada yang berpendapat dakwah itu lebih penting daripada tarbiyyah dan ada juga yang berpendapat tarbiyyah itu lebih penting daripada dakwah…

Wahai para pejuang, perlu kita sedari bahawasanya dua elemen ini sangat penting dalam kehidupan kita bagi menuju ke destinasi yang kekal abadi..sekiranya dua elemen tidak seimbang maka ia diibaratkan seperti kapal terbang yang hanya mempunyai sebelah sayapnya sahaja..ini boleh menyebabkan penerbangan kapal terbang tersebut tidak seimbang, seterusnya tidak akan sampai destinasi yang ingin di tujui, bahkan yang lebih teruk lagi ialah ia akan terbabas lalu terjun menjunam menyembah muka bumi.

“Dakwah merupakan satu pekerjaan yang tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja. Ia merupakan satu pekerjaan yang ditinggalkan oleh Baginda SAW kepada umatnya, maka kita sebagai umatnya yang sentiasa menanamkan perasaan rindu, cinta dan kasih kepada Sang Nabi tidak boleh mengalpakan pekerjaan ini..kitalah mata rantai perjuangan Rasulullah SAW..Dakwah ialah menyeru manusia melakukan kebaikkan dan mencegah manusia daripada kemungkaran..”

“Tarbiyyah pula merupakan didikan, maka ia berperanan untuk mendidik seorang Da’ie.” Kekadang selalu bermain di fikiran kita, mengapa dakwah kita tidak berkesan?? Mengapa tumbukkan kita tidak boleh merebahkan musuh??

Wahai sahabat, adakah kita pernah muhasabah diri kita????

Bagaimana satu pasukan bola sepak dapat mengalah musuhnya dalam perlawanan sekiranya pemain-pemain tidak pernah mendapat latihan juralatihnya ataupun masa latihan yang diberi oleh jurulatihnya tidak mencukupi??? Inilah kiasan yang alfaqir ini nyatakan, begitulah juga seorang Da’ie perlu mempunyai murabbi dalam kehidupannya dan ia perlu mendapat pentarbiyyahan yang secukupnya sebagai bekalan agar menajamkan lagi gerak kerja dakwah..apabila gerak kerja dakwah sudah diasah lalu tajam maka ia akan keberkesanan yang tinggi dalam dakwah kita..

Cuba sahabat-sahabat renungkan, apakah faktor-faktor yang menyebabkan Allah memenangkan tentera-tentera Salahuddin Al-Ayubi dan tentera-tentera Sultan Muhammad Al-Fateh…..

Lembaga tarbiyyah adalah merupakan fokus utama dan wasilah tetap yang tidak dapat dipisahkan daripada proses pembinaan peribadi aktivis dakwah. Dengan adanya lembaga tarbiyyah itu, kekuatan dakwah dalam menghadapi tipu daya musuh akan tetap terjaga. Di samping itu lembaga tarbiyyah juga berfungsi sebagai tempat utama untuk membina peribadi-peribadi dalam rangka mendapatkan ruhi (mental) dan fikri (intelektual). Lembaga tersebut juga merupakan mata rantai penghubung antara anggota-anggota jama’ah dan pemimpin mereka dalam memberikan arahan-arahan dan tugasan-tugasan dakwah.


Wahai rakan-rakanku, sekarang kita sudah berada pada bulan yang penuh keberkatan, iaitu bulah yang terpancarnya cahaya di atas cahaya, cahaya yang memimpin jiwa-jiwa kita, lahirnya Muhammad SAW..marilah kita membanyakkan selawat keatasnya……

Nasihat...

Bersugi....

Firman Allah Taala fi kitabuhul aziz :

" Sesungguhnya PADA DIRI RASULULLAH S.A.W,itu contoh ikutan yang baik,iaitu untuk orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah Taala dan balasan baik pada hari akhirat.Dia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya " surah al-Ahzab : ayat 21..

Antara amalan sunnah nabi s.a.w yang blh dijadikan sebagai tauladan dan qudwah ialah " nabi s.a.w sentiasa bersugi dalam hadisnya bermaksud "Rasulullah s.a.w apabila bangun dari tidur,baginda menggosok giginya menggunakan siwak(kayu sugi)"-HADIS RIWAYAT DAN MUSLIM..

~~Antara kebaikan bersugi ialah dapat mengembalikan kesegaran dan kecergasan tubuh badan serta dapat menghilangkan bau mulut yang tidak menyenangkan~~
*sama2lah kita mengambil iktibar dari sunnah nabi s.a.w ini..InsyaALLAH..
Ya Rasulullah s.a.w.:sesungguhnya aku merinduiMu dengan sepenuh hatiku..Pemergianmu ditangisi,Engkaulah Qudwah hasanah kami,Ya Rasulullah s.a.w..*

Takbir : ALLAHU AKBAR3X
WALILLAHIL HAMD..
BARAKALLAHU LAKUM..

(sumbangan :K.su)

 
powered by Blogger