Merokok: Antara Lemah Jati Diri, Menipu Diri atau Jahil

Merokok membahayakan kesihatan. Kenapa saya tidak merokok? Sejak kecil, ibu saya menanamkan dalam diri anak-anaknya bahawa merokok merupakan suatu kesalahan besar. Ibu menyedarkan kami bahawa merokok adalah punca asal dan permulaan kepada gejala penagihan dadah di kalangan remaja sekolah. Didikan itu telah membina suatu jati diri yang kuat dalam diri saya dengan menolak sepenuhnya tabiat merokok sehingga hari ini.

Tidak perlu saya menghuraikannya secara panjang lebar keburukan merokok dari sudut saintifik dan agama. Daripada bukti-bukti yang ada, merokok telah diakui oleh semua orang tanpa khilaf lagi, memberi kesan negatif kepada kesihatan tubuh perokok, orang di sekelilingnya dan tidak terkecuali alam sekitar juga.

Allah berfirman yang bermaksud :

“Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” [Surah al Baqarah: 195]

Merokok boleh membawa kebinasaan kepada kesihatan tubuh badan manusia. Apakah kita tidak mahu beriman dengan ayat Allah itu?

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Tiada (jangan melakukan) perkara yang membawa kemudaratan pada diri sendiri dan tiada (jangan melakukan) perkara yang memudaratkan orang lain” [HR Ibnu Majah]

Bukankah merokok boleh membahayakan bukan sahaja perokok tetapi juga orang lain melalui pencemaran udara? Dalam hukum fiqh, keharaman merokok masih dalam ruang lingkup khilafiah kerana ia bukan persoalan yang boleh dimuktamadkan melalui nas qat’ie dari al Quran dan hadis. Pun begitu, saya tidak setuju kepada mereka yang beralasankan soal khilafiah sebagai hujah untuk membenarkan sesuatu perkara yang boleh memudharatkan diri mereka, sama ada dalam aspek keduniaan atau keagamaan. Prinsip yang diajarkan oleh Islam mengkehendaki kita supaya apabila kita mengetahui hakikat kebenaran sesuatu hujah itu, kita perlu jujur menerimanya. Kita tidak boleh membohongi diri kita dengan kebenaran hanya disebabkan ingin memuaskan nafsu dan kemahuan kita semata-mata.

Ada orang yang mengetahui hakikat merokok itu memudharatkan tetapi dia tetap bertegas mengharuskan perbuatan tersebut dengan alasan ada pendapat lain yang mengatakan ia tidak haram. Analoginya, anda tahu meminum arsenik walaupun dalam kuantiti sedikit itu berbahaya kepada kesihatan dan boleh menjadi pembunuh senyap, tetapi anda tetap meminumnya hanya kerana beralasankan keharamannya secara jelas tidak ada dalam al Quran atau hadis. Berakalkah anda jika bertindak demikian? Mungkin ada benarnya sindiran Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan perokok dari kalangan mereka yang berkopiah dan berjubah lebih hina dari binatang.

Di negeri-negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Melaka dan Sarawak, fatwa keharaman rokok telah digazetkan. Bahkan di peringkat kebangsaan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam, walaupun tiada fatwa khusus dikeluarkan mengenainya.

Hukum melanggar fatwa adalah haram, yakni berdosa apabila dilakukan. Dengan kata lain, mana-mana individu yang merokok di negeri-negeri terbabit akan mendapat dosa. Jika individu ini berterusan melakukan dosa kecil ini secara terbuka, tidakkah boleh dikategorikan sebagai seorang yang fasik? Bagaimana pula keabsahan bagi kesaksian dan perwalian dari orang ini?

Remaja yang merokok sebenarnya terdiri dari mereka yang mudah terpengaruh dengan persekitaran dan rakan sebaya serta kurang jati diri. Penilaian ini didasarkan dari pengalaman rakan-rakan, ahli keluarga dan diri saya sendiri. Semasa belajar di universiti, saya pernah tinggal serumah dengan kesemua penghuninya adalah perokok. Syukur, saya tidak terpengaruh di usia remaja itu sehinggalah sekarang, walaupun saya melihat sendiri ramai rakan-rakan saya yang asalnya dari kelompok yang baik, terjebak dalam tabiat merokok ini atas pengaruh rakan sama ada ketika bangku sekolah, universiti atau alam pekerjaan. Secara peribadi, saya bersyukur kerana mempunyai kekuatan jati diri saya hasil didikan ibu saya, di samping contoh tauladan dari tokoh yang saya selalu ingati iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Kita wajar mengucapkan syabas kepada sahabat-sahabat kita yang berjaya menghentikan tabiat merokok mereka. Sesungguhnya ia tidak akan berhasil melainkan dengan keazaman dan semangat yang tinggi. Alah bisa tegal biasa. Saya menyeru seluruh pembaca supaya bersama berkempen menghentikan tabiat merokok ini untuk kebaikan semua. Ingatlah merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan perokok, malah boleh memudharatkan orang lain dan alam sekitar melalui pencemaran udara. Lebih penting lagi, agama melarang sebarang perbuatan yang boleh membawa kebinasaan dan pembaziran.

Nabi Ismail sebagai Qurban

Nabi Ibrahim dari masa ke semasa pergi ke Makkah untuk mengunjungi dan menjenguk Ismail di tempat pengasingannya bagi menghilangkan rasa rindu hatinya kepada puteranya yang ia sayangi serta menenangkan hatinya yang selalu rungsing bila mengenangkan keadaan puteranya bersama ibunya yang ditinggalkan di tempat yang tandus, jauh dari masyarakat kota dan pengaulan umum.

Sewaktu Nabi Ismail mencapai usia remajanya Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi bahwa ia harus menyembelih Ismail puteranya. Dan mimpi seorang nabi adalah salah satu dari cara-cara turunnya wahyu Allah, maka perintah yang diterimanya dalam mimpi itu harus dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim. Ia duduk sejurus termenung memikirkan ujian yang maha berat yang ia hadapi. Sebagai seorang ayah yang dikurniai seorang putera yang sejak puluhan tahun diharap-harapkan dan didambakan, seorang putera yang telah mencapai usia di mana jasa-jasanya sudah dapat dimanfaatkan oleh si ayah, seorang putera yang diharapkan menjadi pewarisnya dan penyampung kelangsungan keturunannya, tiba-tiba harus dijadikan qurban dan harus direnggut nyawa oleh tangan si ayah sendiri.

Namun ia sebagai seorang Nabi, pesuruh Allah dan pembawa agama yang seharusnya menjadi contoh dan teladan bagi para pengikutnya dalam bertaat kepada Allah, menjalankan segala perintah-Nya dan menempatkan cintanya kepada Allah di atas cintanya kepada anak, isteri, harta benda dan lain-lain. Ia harus melaksanakan perintah Allah yang diwahyukan melalui mimpinya, apa pun yang akan terjadi sebagai akibat pelaksanaan perintah itu.

Sungguh amat berat ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim, namun sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Allah lebih mengetahui di mana dan kepada siapa Dia mengamanatkan risalahnya". Nabi Ibrahim tidak membuang masa lagi, berazam (niat) tetap akan menyembelih Nabi Ismail puteranya sebagai qurban sesuai dengan perintah Allah yang telah diterimanya. Dan berangkatlah serta merta Nabi Ibrahim menuju ke Makkah untuk menemui dan menyampaikan kepada puteranya apa yang Allah perintahkan.

Nabi Ismail sebagai anak yang soleh yang sangat taat kepada Allah dan bakti kepada orang tuanya, ketika diberitahu oleh ayahnya maksud kedatangannya kali ini tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang berkata kepada ayahnya:

"Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu, agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar menringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku berikanlah kepadanya pakaian ku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya."

Kemudian dipeluknyalah Ismail dan dicium pipinya oleh Nabi Ibrahim seraya berkata: "Bahagialah aku mempunyai seorang putera yang taat kepada Allah, bakti kepada orang tua yang dengan ikhlas hati menyerahkan dirinya untuk melaksanakan perintah Allah".

Saat penyembelihan yang mengerikan telah tiba. Diikatlah kedua tangan dan kaki Ismail, dibaringkanlah ia di atas lantai, lalu diambillah parang tajam yang sudah tersedia dan sambil memegang parang di tangannya, kedua mata nabi Ibrahim yang tergenang air berpindah memandang dari wajah puteranya ke parang yang mengilap di tangannya, seakan-akan pada masa itu hati beliau menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorang ayah di satu pihak dan kewajiban seorang rasul di satu pihak yang lain. Pada akhirnya dengan memejamkan matanya, parang diletakkan pada leher Nabi Ismail dan penyembelihan di lakukan . Akan tetapi apa daya, parang yang sudah demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Nabi Ismail dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan.

Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yang menegaskan bahwa perintah perkorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sampai sejauh mana cinta dan taat mereka kepada Allah. Ternyata keduanya telah lulus dalam ujian yang sangat berat itu. Nabi Ibrahim telah menunjukkan kesetiaan yang tulus dengan perkorbanan puteranya. untuk berbakti melaksanakan perintah Allah sedangkan Nabi Ismail tidak sedikit pun ragu atau bimbang dalam memperagakan kebaktiannya kepada Allah dan kepada orang tuanya dengan menyerahkan jiwa raganya untuk dikorbankan, sampai-sampai terjadi seketika merasa bahwa parang itu tidak lut memotong lehernya, berkatalah ia kepada ayahnya:" Wahai ayahku! Rupa-rupanya engkau tidak sampai hati memotong leherku karena melihat wajahku, cubalah telangkupkan aku dan laksanakanlah tugasmu tanpa melihat wajahku. "Akan tetapi parang itu tetap tidak berdaya mengeluarkan setitik darah pun dari daging Ismail walau ia telah ditelangkupkan dan dicuba memotong lehernya dari belakang.

Dalam keadaan bingung dan sedih hati, kerana gagal dalam usahanya menyembelih puteranya, datanglah kepada Nabi Ibrahim wahyu Allah dengan firmannya: "Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikkan". Kemudian sebagai tebusan ganti nyawa, Ismail telah diselamatkan itu, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih seekor Qibas yang telah tersedia di sampingnya dan segera dipotong leher kambing itu oleh beliau dengan parang yang tumpul di leher puteranya Ismail itu. Dan inilah asal permulaan sunnah berqurban yang dilakukan oleh umat Islam pada tiap Hari Raya Aidiladha di seluruh pelosok dunia.

Mengingati Umar ketika Melihat Runtuhnya Keadilan

Apakah kekuatan Khalifah Umar Al-Khattab yang menyebabkan keadilan Islam dapat ditegakkan sepenunnya di zaman pemerintahannya. Malah para pengkaji beranggapan bahawa pada zaman pemerintahan Umarlah kecemerlangan Islam sangat terserlah - dapat membebaskan Baitulmaqdis, bandar-bandar di timur Eropah dan menumbangkan empire Rom dan Parsi.

Menurut ulama dan para pengkaji sejarah bahawa kejayaan Umar ini disebabkan, pertama, kepimpinannya takutkan Allah dan Rasul-Nya, bukan kepada yang yang lain. Kedua kerana beliau merasakan kepimpinannya bertanggungjawab lansung di depan Allah swt, ketiga, merasakan setiap langkah dan tindakan yang dilakukannya benar-benar mengikut apa yang diperintahkan di dalam Al-Quran, hadis dan Sunnah, sementara keempat mempunyai rasa kemanusiaan yang sangat tinggi. Justeru, sebelum bertindak dia bertanya terlebih dulu kepada dhamirnya (bisikan hatinya) sama ada tindakannya itu adil atau tidak.

Ini yang menjadi pendorong utama Umar dalam melakukan pelbagai arahan dan tindakan - bukan sahaja tindakan yang berhubung dengan kes-kes yang melibatkan sekitar hukum fiqh tetapi juga tindakan politik dan ketenteraan serta diplomasi, di mana ijtihadnya menepati kehendak Al-Quran dan hadis. Ini menyebabkan Nabi s.a.w. sering bersetuju dengan pandangan dan tindakan Umar, justeru Nabi saw pernah berkata: "Pada diri Umar sering memancar kebenaran dan kecemerlangan Islam." Kini, dalam keadaan kalut sekarang, masyarakat merindukan seorang tokoh atau beberapa tokoh yang diharapkan mampu menegakkan keadilan, sama ada sebagai pemimpin politik yang memerintah, pemimpin masyarakat atau pemimpin dalam kelompok bangsa masing-masing serta keluarga. Namun tokoh yang anda cari tidak juga ditemui.

Yang ada di depan mereka ialah pemimpin yang gila kuasa, mengamalkan rasuah, pilih kasih, salahguna kuasa dan pelbagai perbuatan mungkar lagi. Justeru rakyat semakin kecewa dan merasa lemas dengan keadaan yang ada. Mereka seperti berada di sebuah terowong gelap yang tidak ada sebarang cahaya di hujungnya untuk menunjuk jalan menghala keluar.

Memang ramai para pemimpin dari golongan terpelajar, berkedudukan tinggi, popular, berpengaruh, memiliki harta dan kuasa yang luas, namun kepimpinan mereka sering ditandai dengan pelbagai perlakuan buruk - selain tidak adil juga pilih kasih, salahguna kuasa, tiada ketelusan, rasuah dan pelbagai lagi. Apakah kuasa itu membolehkan segala-galanya.

Semua ini berlaku kerana kebanyakan pemimpin ini jauh dari ciri-ciri yang ada pada Umar Al-Khattab, iaitu mereka tidak merasa takutkan Allah swt Mereka tidak merasakan kepimpinannya bertanggungjawab di depan Allah swt sebab itu tindakan yang dilakukan oleh mereka sama sekali bertentangan dengan Al-Quran, hadis dan Sunnah.

Mereka juga tidak memiliki rasa kemanusiaan yang tinggi justeru sebelum bertindak, mereka tidak pernah bertanya kepada bisikan hati mereka sendiri sama ada tindakannya itu adil atau tidak. Inilah masalah yang menghadapi kepimpinan yang ada.

Oleh itu, dalam keadaan sekarang, untuk mencari kepimpinan seperti Umar Al-Khattab samalah seperti 'memerah batu untuk mencari walau setitis air'. Anehnya, di tengah-tengah keadaan begini ada pemimpin yang walaupun zalim tetapi bercakap pula dengan lunaknya mengenai keadilan dan kata-kata yang muluk-muluk, malah kononnya bercita-cita pula untuk menegakkan kesamarataan rakyat. Ini benar-benar mengelirukan, sama seperti pencuri yang meneriakkan konon di sana ada pencuri, pada hal dialah sebenarnya sang pencuri.

Umar Al-Khattab menjalani kehidupan sangat sederhana - rumah sederhana, pakaian sederhana, kenderaan sederhana, makan minumnya sederhana, bahkah beliau mengenakan peraturan supaya keluarganya tidak memiliki harta, jauh dari membolot harta negara. Kisah Umar dan keluarganya yang hidup sederhana ini sudah diketahui umum sejak zaman berzaman, tetapi kisah ini jauh dari diteladani.

Ketika membebaskan Baitulmaqdis, Umar memakai pakaian lusuh sehingga orang menyangkakannya sebagai 'penjaga kuda Umar', sehinggalah pasukan Muslimin memberitahu penduduk Islam dan Kristian di Baitulmaqdis bahawa itulah Amirul Mukminin, bukan penjaga kudanya, menyebebabkan mereka tereranjat dan mengkagumi Umar dan pasukannya.

Umar melarang rakyat menyambutnya secara besar-besaran-besaran, melarang orang mengawalnya dengan rapi, jangan berdiri dan mencium tangan untuk menghormatinya ketika tiba di sesuatu majlis. Malah beliau tidak mahu duduk di bahagian depan di dalam sesuatu majlis, serta melarang khatib yang menyampaikan khutbah berdiri di tempat yang lebih tinggi daripada jemaah supaya antara khatib dan jemaah tidak terpisah.

"Kedudukanku tidak lebih mulia dari kamu semua," kata Umar, "yang membezakan ialah kerana aku diamanahkan memimpin kamu semua. Ini tanggungjawab berat, "kata-kata ini diucapkan oleh Umar di suatu perhimpunan di Madinah ketika kaum Muslimin mendengar amanatnya.

Di sisi lain, Umar Al-Khattab melarang sama sekali anak isteri dan saudara maranya dari mengumpul harta semata-mata kerana ada hubungan dengan kekuasaan khalifah. Hal ini sesuatu yang sangat sukar dicontohi oleh pemimpin-pemimpin kerajaan di zaman kini dan mungkin di masa akan datang juga kiranya mereka bukan jenis pemimpin yang takutkan perintah Allah dan tidak peduli dengan persoalan dosa pahala.

Sementara itu, ulama dan pengkaji sejarah Islam di seluruh dunia bersependapat bahawa kerajaan Umarlah yang berjaya menterjemahkan syariat Islam yang berpaksikan keadilan dan kasih saying. Beliau mengingatkan tentera Islam supaya tidak menyalahgunakan kuasa, tidak berlaku kejam kepada rakyat walaupun berlainan agama dan suku kaum, bahkan berkewajipan melindungi mereka semua.

Umarlah orangnya yang memperjuangkan hak-hak rakyat tanpa mengira batas agama, warna kulit, suku kaum dan sebagainya. Justeru ketika Umar terbunuh di tangan Abu Lu'luah, seorang keturunan Parsi, rakyat menangis bukan semata-mata kerana kehilangan pemimpin yang disayangi, tetapi lebih jauh dari itu merasakan pemergian Umar seperti berakhirnya suatu zaman kegemilangan Islam dengan segala keadilannya. Mereka merasakan selepas pemergian Umar, maka keadilan mengucapkan 'selamat tinggal'.

Umar telah pergi meninggalkan kita lebih seribu tahun lalu, namun legasinya, keadilan dan kesaksamaannya masih kekal dalam ingatan umat ketika umat sendiri - masa kini - sedang menyaksikan kepimpinan kezaliman yang tidak adil, tidak merasa berdosa kerana berdusta, menyeleweng, salahguna kuasa, rasuah dan segalanya . Namun kepimpinan ini tanpa malu-malu sering pula bercakap mengenai keadilan Umar. Inilah sebuah kepura-puraan di tahap paling tinggi.

Di depan kita sekarang hutan belentara kezaliman, ketidakadilan dalam pelbagai bentuk dan jauh dari petunjuk Ilahi, namun itulah wajah kepimpinan yang dipaksakan kita menerimanya. Justeru tugas umat ialah berjuang mengembalikan semula kepimpinan yang mempunyai cirri-ciri seperti Umar Al-Khattab

Manfaatkan Teknologi Maklumat Dalam Berdakwah


TERTARIK benar penulis dengan penjelasan seorang tok guru dalam tazkirah di sebuah masjid berhampiran rumah penulis baru-baru ini bahawa dalam perkembangan teknologi komunikasi sekarang ini lebih mudah untuk seseorang mendekatkan dirinya dengan Penciptanya, Allah SWT.

Katanya, dalam telefon selular boleh dimasukkan cip bacaan al-Quran sebanyak 30 juzuk, jadi bolehlah seseorang itu menghayati bacaan al-Quran sepanjang masa dan di mana saja dia berada. “Tetapi janganlah dibuka dalam tandas,” beritahu tok guru. Katanya, pada zaman serba canggih ini semakin mudahlah seseorang itu mendekatkan dirinya dengan Allah, namun keberkesanannya bergantung kepada individu juga; jika teknologi hebat dia hanya berminat untuk mendengar lagu-lagu penyanyi kesukaannya, maka gagallah dia mendekatkan dirinya dengan Allah.

Tok Guru berkata; “dah tua-tua ni janganlah terlalu berminat dengan suara Siti Nurhaliza lagi, bertaubatlah, gunakanlah kemudahan moden itu untuk mendekatkan diri dengan Allah. Hayatilah bacaan al-Quran, ketenangan akan kita perolehi.”

Bercakap mengenai penggunaan teknologi komunikasi dalam dakwah, berdasarkan pengalaman penulis mengikuti tazkirah dan kelas pengajian di masjid berbanding kursus umrah yang dianjurkan syarikat swasta, ternyata yang kedua ini selalunya menggunakan pendekatan multimedia mendatangkan kesan lebih mendalam kepada hadirin.

Pada kebanyakan kelas pengajian di masjid yang biasanya diadakan antara solat maghrib dan isyak, komunikasi adalah sehala, ustaz saja yang bercakap sedangkan jemaah mendengar saja. Jarang benar ustaz bersedia membuka soalan kepada jemaah.

Apabila berlaku komunikasi sehala, penulis perhatikan ada jemaah tersenguk-senguk, menandakan mereka tertidur tetapi pada persembahan multimedia ketika kursus umrah penulis mendapati hadirin begitu tertarik dan bersemangat sekali.

Teknologi komunikasi berkembang pesat, jadi tidakkah teringin pemimpin masjid meningkatkan kaedah penyampaian termasuk tazkirah dengan menggunakan alat bantuan multimedia seperti slaid Powerpoint dan skrin gergasi?

Berhubung perkara ini, Abdul Halim Ismail dalam majalah Risalah, Bilangan 4 (April 1992) antara lain menulis: “Dengan meningkatnya teknologi komunikasi canggih bermakna meningkatlah darjah persaingan antara pelbagai kelompok, badan dan pertubuhan serta organisasi-organisasi untuk memenangi hati massa.

“Kini badan perniagaan dan korporat, parti politik, agensi pelancongan, badan budaya dan pengusaha industri hiburan terlibat dalam perang maklumat (infowar) yang sengit sekali. Dalam kebisingan dan hiruk pikuk seperti ini, mesej agama selalunya menjadi terpencil dan tidak didengari. Apatah lagi kalau badan-badan dakwah dan gerakan Islam memilih untuk menarik diri daripada perlumbaan yang hebat ini, pastilah suara dakwah menjadi bertambah perlahan.

“Kita yakin bahawa mesej Illahi adalah perutusan unggul yang harus ditebar seluas-luasnya. Allah sendiri menegaskan, “siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang mengajak kepada Allah? (terjemahan al-Quran, surah Fussilat 41:33). Namun tanpa ikut serta dalam ‘technological leap’ yang pantas kini, dakwah akan hanya mampu menguasai ‘market share’ yang kecil sahaja seperti yang disebut dalam American Demographics, ‘God may not be dead, but the mass market is’.

“Walaupun survival gerakan Islam tidak banyak bergantung kepada teknologi maklumat komunikasi, tanpa impak daripada operasi dakwahnya yang merupakan raison d’etre kehadirannya bergantung besar kepada kaedah dan media yang dimanfaatkan.”

Berdasarkan pengamatan penulis, jemaah yang mengikuti kelas pengajian di masjid pada setiap kali adalah orang yang sama. Mereka mungkin terdiri daripada 20 orang daripada seluruh penduduk kariah atau kampung seramai 2,000 atau 3,000 orang. Jika orang dewasa di kampung itu ada 2,000 orang, kehadiran hanya 20 orang menunjukkan betapa gagalnya pentadbiran masjid dalam mendidik orang Islam. Tentunya masjid gagal diimarahkan kerana dengan tidak hadirnya 1,980 daripada 2,000 penduduk lelaki dewasa atau lebih 99 peratus penduduk kampung bermaksud mesej Islam gagal disampaikan secara berkesan.

Jadi bagaimana mahu berkomunikasi dengan lebih 99 peratus penduduk itu? Tentunya kaedah tradisional di mana ustaz duduk menghadap 20 ‘murid tua’ itu perlu diperkemaskan agar seruannya dapat didengar dan dimanfaatkan oleh seluruh penduduk kampung.

Sebuah masjid di ibu kota (Masjid Sayidina Abu Bakar As-Siddiq di Bangsar) telah memulakan alat bantuan multimedia pada khutbah Jumaatnya. Dua skrin gergasi yang setiap satu bernilai RM6,000 diletakkan di sebelah mimbar, dan apabila khatib berkhutbah, persembahan slaid mengiringi isi khutbah, sekali gus menaikkan minat jemaah yang biasanya terkulai layu pada tengah hari yang panas itu.

Di beberapa masjid lain di Wilayah Persekutuan sudah ada persembahan Powerpoint bagi mengiringi khutbah Jumaat. Semuanya dilakukan dengan harapan jemaah akan lebih memahami sesuatu isu itu di samping mengelakkan mereka daripada terlena.

Alangkah baiknya, alat bantuan ini juga digunakan ketika diadakan tazkirah dan kelas pengajian di masjid. Pengurusan masjid juga boleh memikirkan bagaimana tazkirah itu dapat dipanjangkan kepada ratusan atau ribuan penduduk kariah yang tidak hadir berbanding dengan 20 jemaah tetap masjid.

Berdakwah kepada 20 ahli tetap masjid ini amatlah baik tetapi alangkah besar manfaat dan ganjarannya jika ribuan penduduk kampung dapat disampaikan ilmu dan maklumat. Memang betul, anak murid perlu mencari guru tetapi alangkah beruntung jika kita dapat memanfaatkan teknologi komunikasi yang kini berada di depan mata untuk menyeru seluruh penduduk ke arah kebaikan.

Bayangkan apa yang dapat dilakukan sekiranya organisasi dakwah mempunyai ‘linkage’ rangkaian telekomunikasi dengan setiap rumah dengan data dan maklumat yang sedia dimanfaatkan oleh semua pihak.

Ya, apa kata kita wujudkan telekomunikasi antara masjid dengan rumah penduduk dalam sesebuah kariah itu. Dengan itu apa saja sesi tazkirah di masjid boleh diikuti di rumah, tetapi harap-harap ia tidak disalahgunakan oleh penduduk lelaki dewasa untuk tidak hadir ke masjid.

Mungkin orang lelaki akan berterusan dipujuk ke masjid tetapi dengan wujudnya hubungan telekomunikasi masjid-rumah itu boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan perempuan terutama suri rumah yang terlalu sibuk dengan anak-anak dan urusan rumahtangga.

p/s: blog juga merupakan salah satu cara menyampaikan dakwah.

MonoloG dalm Diri hamba..


Jika mereka sibuk mencari cinta,
Biar kita sibuk mencari iman.


Jika mereka sibuk mencari pasangan,
Biar kita sibuk mencari keredhaanNYA,


Jika mereka menangis kecewa bercinta.

Biarlah kita menangis mengenang dosa semalam.


Jika mereka cintakan kemanusian,
Biarlah kita cintakan tuhan,


Jika mereka mendambakan kehidupan duniawi.

Biar kita dambakan ukhrawi...
carilah cinta yg hakiki hanya pada Tuhan yg Esa

P/s:Dambalah cinta Ilahi kerana ia ia adalah cinta yang hakiki...Patuhi Rasul kerana rasul membawa rahmat sekalian alam.. Taati ibu bapa kerana Redha Allah terletak pada Redha kedua ibu bapa.....

-sahabat-


Sunnah Orang Berjuang

Assalamualaikum.sahabat-sahabat sekalian..mari kita bersama-sama hayati lirik lagu di bawah. Sebagai seorang yang bersama-sama berjuang menyampaikan dakwah,saya berbesar hati untuk sma-sama berkongsi apa yang telah saya dapat..Lirik yang penuh bermakna dan nasyid yang mampu meyemarakkan lagi semangat seseorang untuk terus berdakwah dan menyampaikan Agama Allah..Sesungguhnya kehidupan seseorang seseorang yang sentiasa berjuang menyebarkan Agama Allah adalah indah jika dia menikmati betul-betul perjuangannya.

Bagaimanapun,banyak cabaran yang bakal dihadapi dan ditempuhi sebgai seorang pendakwah. Namun begitu, teruskan kerana Allah sentiasa mengasihi dan membantu hamba-Nya yang sentiasa berjuang mempertahankan agama-Nya. Jika bukan kita siapa lagi..Seringlah kita berdoa kepada-Nya agar sentiasa memberi ketabahan di dalam diri kita..

Janganlah rasa segan salah seorang kalian kepada manusia, menghalanginya untuk mengucapkan kebenaran jika melihatnya, menyaksikannya, atau mendengarnya.

(HR. Ahmad, 3/50, At-Tirmidzi, no. 2191, Ibnu Majah no. 4007. Dishahihkan oleh Al-Albani rahimahullahu dalam Silsilah Ash-Shahihah, 1/322)



Kata Imam Hassan Al-Banna:
‘Saya ingin menjadi seorang guru dan pendakwah. Saya akan mendidik para pemuda pada waktu siang, malam dan waktu cuti. Saya akan mengajak keluarga mereka mengamalkan cara hidup Islam dan menunjukkan kepada mereka jalan untuk mendapatkan kegembiraan dan kebahagiaan hidup yang sebenar. Saya akan menggunakan cara-cara yang paling baik yang termampu oleh saya untuk mencapai tujuan ini melalui syarahan, penulisan dan pengembaraan di jalan raya dan lorong-lorong.’

Sunnah Orang Berjuang
(klik untuk dapatkan lagu in)

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menungkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelkana
Dibelenggu dia uzlah menagih bina
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi allah dan rasulnya

Berjuang tk pernah senang
OmbaK derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan sinar dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Sudah sunnah
Berjuang ke jalan allah

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yg perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yg ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yg fana atau syurga

p/s: Ya Allah,kurniakan kepadaku kekuatan agar aku sentiasa kuat menahan godaan dunia.. Berikan aku taufik dan hidayah moga aku terus di bawah perlindungan dan rahmat-Mu..Aku memohon agar engkau membuka pintu hati-Ku supaya aka dapat bersama-sama dengan pejuang Islam yang lain dalam menyebarkan Agama-Mu..aku pohon perlindungan daripada-Mu agar aku terhindar dari fitnah dunia..buangkan sifat malas yuntuk beribdah kepada-Mu..Ampunkan segala dosa yang telah ku lakukan..sesungguhnya aku adalah hamba-Mu yang lemah..Engkau yang Allah adalah maha kuasa yamg memiliki segala kesempurnaan...amin..
-sahabat-

BERSANDING MENURUT PERSPEKTIF ISLAM


Sebelum berbincang lebih panjang elok kiranya kita menyatakan apakah maksud sebenar bersanding. Seperti yang diterangkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat mukasurat 1385 bersanding ialah duduk bersebelah-sebelahan (berjajar,berdamping,spt pengantin di atas pelamin).

SEJARAH DAN ASAL USUL PERSANDINGAN

Sejarah persandingan pula tidak diterangkan secara jelas di dalam kitab-kitab sejarah. Sebahagian mengatakan bahawa persandingan ialah adat yang dilakukan oleh bangsa Melayu sejak zaman dahulu.Sebahagian lagi mengatakan bahawa ianya merupakan adat yang diambil daripada India.Ini seperti yang diterangkan oleh De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) dan mereka berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

HUKUM DAN PERBAHASAN

Jika dinilai pada maksud sebenar bersanding seperti yang diterangkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tersebut maka ianya adalah HARUS. Sekadar pengantin lelaki dan perempuan duduk bersebelahan maka tiada masalah padanya. Cuma jika dibahaskan daripada sudut adat dan budaya yang diamalkan sekarang seperti disediakan pelamin yang mahal, wanita berhias berlebih-lebihan serta tidak menutup aurat , adat bertepung tawar dan sebagainya maka perkara seperti ini perlu dibahaskan satu persatu secara terperinci.

PELAMIN

Berkenaan dengan pelamin yang mahal maka ianya tidaklah dituntut di dalam Islam. Walaupun kita kaya sekalipun maka tetap disarankan agar kita bersederhana di dalam berbelanja.Ramai yang menggunakan hujah bahawa pelamin sebegini perlu dilaksanakan sebagai kenang-kenangan untuk masa hadapan dan sebagainya. Hujah-hujah sebegini tidaklah boleh diterima pakai kerana lebih menjurus kepada hawa nafsu. Hukum dan saranan Baginda sallallahu alaihi wasallam sepatutnya lebih kita turuti.

Tetapi jika cuma disediakan tempat untuk bergambar bersama pengantin dan tempat tersebut dihias dengan seadanya, maka beberapa adab perlu diraikan.Antaranya ialah tidak berlaku percampuran bebas antara lelaki dan wanita, wanita wajib menutup aurat di hadapan lelaki yang ajnabi( yang boleh dikahwininya) dan begitu juga golongan lelaki ,wajib bagi mereka menutup aurat di hadapan wanita ajnabiah. Jika kesemua perkara ini diraikan maka tiadalah masalah padanya.

Kesimpulan tentang hukum pelamin ini ialah kita melarang berlakunya pembaziran dan percampuran lelaki dan perempuan yang berlaku seperti zaman sekarang. Tetapi jika semua perkara tersebut boleh kita elakkan maka hukumnya adalah HARUS.

Sebelum kita membahaskan lebih panjang sebaiknya kita memahami apakah yang dimaksudkan dengan membazir. Di dalam bahasa arab terdapat dua kalimah yang digunakan iaitu الإسراف dan التبذير. Sebahagian ulama mengatakan bahawa kedua-dua kalimah ini maksudnya adalah sama.

Al-Imam al-Jurjani rahimahullah mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat).

Kata Guru kami yang mulia, Yusri Rushdi Al-Sayyed Jabr Al-Hasani di dalam satu kuliah beliau:

“Contoh mudah bagi al-Israf ialah seperti kita memerlukan untuk seminggu kehidupan kita sebanyak sekilo daging,tetapi kita membeli sebanyak 2 kilo daging maka ini dinamakan Israf.Manakala al-Tabzir ialah kita mengeluarkan walau sedikit wang untuk membeli perkara yang diharamkan maka ianya dikira al-Tabzir.Seperti membeli sebatang rokok yang berharga 50 qurush(matawang mesir lebih kurang 30 sen Malaysia) maka ini dinamakan al-Tabzir”
Kedua-dua perkara yang kita sebutkan ini adalah dicela dan tidak dituntut di dalam Islam. Jika berlebih-lebihan didalam perkara yang harus seperti contoh yang kita berikan tidak dituntut maka lebih-lebih lagi jika perkara itu menjurus kepada haram.

BERTEPUNG TAWAR DAN MENABUR BERAS KUNYIT

Ini merupakan adat turun-temurun yang dilakukan ketika majlis persandingan dilangsungkan. Sepanjang pembacaan saya tentang perkara ini , antara tujuan dilakukan perkara ini ialah untuk menambahkan semangat berdasarkan kekuningan padi kepada kedua pengantin. Terdapat juga jampi dan mentera yang tidak difahami bahasanya dengan tujuan menghalau roh-roh jahat dam sebagainya.

Jika perkara sebegini dilakukan maka hukumnya jelas HARAM. Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam:


عن أبي هريرة رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من أتى عرّافا أو كاهنا فصَدَّقَه بما يقول فقد كفر بما أُنزِل على محمد.


Maksudnya: Diriwayatkan daripada Saidina Abu Hurairah radhiyallahu anhu katanya: Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam: Sesiapa yang mendatangi dukun dan bomoh ,malah membenarkan apa yang disebutkan oleh dukun atau bomoh tersebut, Sesungguhnya (orang-orang yang mendatangi bomoh dan dukun sebegini) telah mengingkari apa yang diwahyukan kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam.

Perkara-perkara sebegini wajib ditegah berlaku di dalam masyarakat Muslim.

Alternatifnya, kita boleh melaksanakan majlis doa selamat bagi mendoakan kepada kedua pengantin agar dipelihara oleh Allah taala daripada sebarang kecelakaan. Maka ini sangat-sangat dituntut di dalam Islam.

WANITA BERHIAS DAN TIDAK MENUTUP AURAT

Bersanding dikatakan tujuannya adalah untuk mempertontonkan pengantin kepada hadirin. Perkara ini berbalik kepada hukum asal melihat wanita bagi lelaki ajnabi.Menurut para ulama, lelaki ajnabi diharamkan melihat wanita ajnabi walaupun bukan dengan tujuan syahwat. Ini jika tiada sebab yang mengharuskan bagi seorang lelaki tersebut melihat kepada wanita ajnabiah. Jika mempunyai sebab yang dibenarkan syarak seperti meminang, di dalam majlis pengajian, berubat dan ketika jual beli maka tiadalah masalah untuk lelaki ajnabi melihat kepada wanita ajnabiah.

Jika ada golongan yang mengatakan bahawa tujuan diadakan persandingan mengikut adat ialah untuk memperkenalkan kepada ahli keluarga dan orang ramai kedua-dua pengantin. Maka kita katakan, tiadalah masalah jika kita ingin memperkenalkan kedua-dua pengantin kepada orang yang hadir dengan syarat adab-adab yang kita sebutkan sebelum ini diraikan . Jika perkara ini diraikan maka syarak tidaklah menghalang perkara ini dilaksanakan.

Masalah aurat juga perlu dititik-beratkan oleh pengantin dan orang ramai yang hadir.Firman Allah taala di dalam surah al-Nur ayat 31:

Maksudnya: dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka , atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat wanita, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah taala, wahai orang-orang yang beriman , supaya kamu berjaya

Ayat ini sangat jelas menunjukkan arahan daripada Allah taala supaya menutup aurat.

ETIKA PEMAKAIAN

Antara syarat-syarat pakaian bagi wanita dan lelaki ialah:

1. Mestilah pakaian tersebut daripada jenis yang menghalang daripada orang mengetahui warna kulitnya. Ini bermakna, seseorang tersebut tidak boleh memakai pakaian yang nipis sehingga orang boleh mengetahui warna kulitnya.

2. Mestilah pakaian tersebut menutup keseluruhan aurat lelaki dan wanita tersebut.

3. Mestilah pakaian yang dipakai tidak membolehkan orang mengetahui bentuk tubuh dan auratnya iaitu tidak ketat.

Kebanyakkan orang pada zaman sekarang tidak memahami masalah menutup aurat ini dengan baik. Maka mereka melakukan kesilapan dalam keadaan mereka tidak sedar. Ketiga-tiga syarat yang kita sebutkan perlulah diraikan kesemuanya. Jika kurang salah satu daripada syarat-syarat tersebut maka seseorang tersebut masih dikira tidak menutup aurat. Kita mendapati ada golongan yang berpakaian ketat dan bilamana kita melarangnya maka mereka mengatakan bahawa yang penting orang tidak mengetahui warna kulit . Maka ini jelas menunjukkan bahawa mereka tidak faham syarat-syarat berpakaian yang diletakkan oleh syarak.
Maka para pengantin dan orang ramai perlulah meraikan perkara ini. Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian ialah berkenaan make-up pengantin. Berhiaslah sekadarnya, berpadalah dengan kecantikan asli yang diberikan Allah kepada kita. Tidak perlu membazir wang menjemput juru solek bagi mengkaburi mata orang lain . Malah kita bimbang termasuk di dalam ayat Allah taala di dalam surah al-Ahzab ayat 33:


وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأُولَى


Maksudnya: Janganlah kamu bertabbarruj sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah pada zaman dahulu.

WARNA PAKAIAN

Masalah warna pakaian juga menjadi perbahasan dikalangan orang ramai. Adakah syarat-syarat tertentu bagi warna pakaian bagi wanita? Menurut Syeikh Ali Jum’ah Hafizahullah di dalam kitabnya Fatawa Asriyah(Fatwa semasa) warna tidaklah ditetapkan oleh syarak bagi wanita cuma yang wajib bagi mereka ialah mengikut syarat-syarat yang diletakkan oleh syarak di dalam etika berpakaian .

Syarat berpakaian ialah seperti yang telah disebutkan oleh saya sebelum ini.

Pendapat yang mengatakan bahawa wanita perlulah memakai warna yang gelap-gelap agar manusia tidak memandang kepada mereka tidaklah terlalu tepat. Ini kerana ada terdapat golongan manusia yang menyukai warna yang gelap. Maka mereka tetap akan memandang kepada wanita yang berpakaian gelap.


sumber:nazirulnasrul.blogspot.com

MenDidik 'HATI NEGARA' dgn Tazkirah, Zikir dan Mujahadah

Para Ulama Tasawwuf menjadikan hadis di atas sebagai pedoman dalam pembinaan akhlak insan yang baik, dengan menekankan proses pembinaan hati sebagai asas utama. Dalam membentuk hati yang baik, mereka menekankan tiga aspek iaitu ‘Tazkirah, Zikir dan Mujahadah’.

Namun dalam penyempurnaan kebaikan seorang insan di sisi Allah, mereka tiada boleh sekadar mementingkan kesucian qalbinya semata-mata, malah mereka perlu melangkah ke arah pembinaan hubungan yang baik dengan sesama insan.
Risalah Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam menekankan dua aspek iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Risalah Islam menyempurnakan risalah yang dibawa para Nabi a.s sebelumnya.

Bersabda Nabi sallaLlahu ‘alaihi wassalam :
“Perumpamaanku, bila dibandingkan dengan Nabi-Nabi yang terdahulu adalah ibarat mendirikan sebuah bangunan, diselesaikan dan dihiasinya kecuali satu bahagian yang belum dipasang. Maka masuklah orang banyak ke dalamnya dan semua takjub melihatnya tetapi mereka berkata, ‘kalaulah tidak ketinggalan memasang bahagian yang kosong ini, alangkah sempurnanya bangunan ini’.” Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam menyatakan bahawa, “maka aku mengisi bahagian yang kosong itu, aku datang dan menutup generasi para Nabi a.s.” (riwayat Bukhari)

Membiarkan ruang kosong pada satu bahagian bangunan walaupun kelihatan indah sekalipun, akan menyebabkan ketidakstabilan pada bangunan tersebut. Maka risalah Islam bukan semata-mata menekankan aspek perhubungan insan dengan Allah tetapi menyempurnakan perhubungan tersebut dengan membina perhubungan dengan sesama insan.
Maka untuk mewujudkan kestabilan masyarakat, mereka perlu dipimpin oleh pemerintah yang adil agar lahirnya keseimbangan dan keharmonian. Nilai masyarakat akan runtuh jika mereka dipimpin oleh pemerintah yang tiada mengambil Islam sebagai dasar yang menghubungkan manusia dengan Allah dan menghubungkan manusia dengan manusia, di atas peraturan-peraturan yang ditetapkan Allah.

Dasar Islam akan memberi kerahmatan kepada semua rakyat pelbagai kaum sama ada Muslim atau non-Muslim. Hak rakyat yang dididik dalam Islam adalah memberi kebebasan bersuara dalam menegur dan menasihati pemerintah demi menuntut keadilan dan memastikan hak mereka terjamin.

Islam menghormati kebebasan bersuara dalam menegur kepincangan pemerintah. Islam mendukung demokrasi terpimpin, bukannya demokrasi Barat yang meletakkan kuasa rakyat penentu segalanya. Bahkan, Islam sudah memiliki prinsip-prinsip yang jelas berdasarkan wahyu Allah dalam memimpin manusia tanpa boleh diubah lagi. Demokrasi hanya diperlukan dalam bentuk perlaksanaan prinsip, ia bukannya untuk mengubah prinsip wahyu. Islam menghormati demokrasi tetapi Islam bukan demokrasi, Islam adalah Islam dengan ruh kebebasan tersendiri yang dipimpin oleh wahyu.

Di Malaysia, walaupun sistem demokrasi tidak sepenuhnya hidup dalam memberi hak kebebasan dan keadilan, namun umat Islam wajib memanfaatkan ruang yang ada dalam menunaikan hak sesama insana demi membina pemerintah yang benar-benar dapat membela nasib mereka.

Dalam konteks sistem demokrasi, HATI yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah rakyat dan anggota badan adalah pemerintah. Ini kerana kuasa rakyat boleh menentukan kebaikan dan keburukkan sesebuah pemerintahan. Justeru itu, ‘Hati Negara’ ini perlu dibangunkan juga dengan tiga aspek tersebut iaitu tazkirah, zikir dan mujahadah.
Tazkirah ialah rakyat wajib diberi faham politik, zikir ialah mendidik rakyat memahami tanggungjawab mereka dengan Allah dalam amal ma’ruf dan nahi mungkar, mujahadah ialah mengajak rakyat berani melakukan perubahan serta sanggup berkorban demi kebaikan ummah.

Pemimpin yang tiada takwa dan menjadikan Islam sebagai dasar, akan membina persekitaran masyarakat dengan budaya yang tidak baik. Maka jika hari ini kita dan anak-anak kita selamat daripada kerosakan akhlak, belum tentu lagi anak cucu kita akan datang selamat dari kerosakan budaya yang sedang merebak bagaikan barah.

Ramai para ulama dan pendakwah bertungkus lumus mendidik manusia kepada Allah, namun ia tak akan mampu sepenuhnya mengubah masyarakat ini jika tiada dibantu oleh pemerintah. Dengan kuasa yang ada pada pemerintah, mereka perlu sepenuhnya menyekat perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa dan akhlak masyarakat.

Namun apa yang dibimbangkan, bukan sahaja mereka tiada membantu usaha-usaha dakwah, tetapi menghancurkan usaha dakwah tersebut dengan program-program yang merosakkan.
Rakyat sebagai ‘Hati Negara’ dalam sistem demokrasi perlu disedari semua pihak bahawa di tangan mereka boleh menentukan kebaikan atau kerosakan masa depan sesebuah negara dan generasi akan datang. Undi mereka wajib berhubung dengan sifat kehambaan kepada Allah dan sebagai umat Rasulullah sallaLlahu alaihi wassalam. Maka nasihat para ulama yang benar amat diperlukan agar undi yang diberikan benar-benar dalam rangka ibadah demi membangunkan pemerintah dan ummah yang diredhai oleh Allah.

Dalam kewajiban kita mentarbiyah hati sendiri, kita tidak boleh mengabaikan kewajiban mentarbiyah ‘Hati Negara’ ini agar menjadi baik. Apabila baik ‘Hati Negara’ (rakyat), maka akan lahirlah anggota (pemerintah) yang baik, pemerintah yang baik akan melahirkan persekitaran masyarakat yang baik, yang akhirnya membawa kestabilan kepada negara. Marilah kita menjadi hamba yang baik dengan Allah dan hamba yang baik dalam memberi kebaikan kepada sesama insan dan negara. Allah akan tidak mengubah nasib satu kaum jika kaum tersebut tidak sanggup mengubah diri mereka terlebih dahulu.

Firman Allah :
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya." (Ar-Ra'ad: 11)


Written by sheikhuna Al Faqir Walid (Tok Ku)

Syukur pada-Mu..(Hijjaz)

SubhanalLah AlhamdulilLah
Syukur pada ALLAH yang menciptakan kita

Seluas lautan
Yang tidak pernah ada tepinya
Itulah nikmat kurnia-Nya selama ini

Sesekali diri diuji
Hingga tak berdaya langkahku
Itu sebenarnya
Nikmat kasih sayang dari-Mu padaku

Di dalam hati yang keresahan
Kau datang menemani
Memberi sinar penuh harapan

Di dalam hati yang kekosongan
Kau isikan kasih-Mu
Agar jadi panduan menerus kehidupan

Doa ikhlas silih berganti
Di hati

SubhanalLah AlhamdulilLah
Syukur pada ALLAH yang menciptaka

Terima dengan syukur
Segala pemberian-Nya
Pasti ada kemanisan yang tersembunyi

Hati dan IkhtiLaT

RAMAI BERPANDANGAN, KITA PERLU BERCINTA UNTUK MENGENAL PASANGAN. TANPA PERKENALAN, MUSTAHIL CINTA BERTANDANG, TANPA PERCINTAAN, MUSTAHIL KESERASIAN DIKESAN…MEREKA SEBENARNYA TERLEPAS PANDANG, DALAM ISLAM ADA TAARUF YANG ADA SEMPADAN…TERPELIHARA DAN TERJAGA DARI KEMAKSIATAN. BUKAN TAARUF MELALUI BERCINTA SAKAN…ISLAM MENGAJAR SERASI DENGAN AJARAN TUHAN, BUKAN SERASI DENGAN KEHENDAK PASANGAN…CINTA AR-RAHMAN MENJANA KEBAHAGIAAN, LANTARAN ITULAH, BATASANNYA TIDAK BOLEH DIPERMAINKAN…

Dalam meneruskan bahtera pelayaran kehidupan ini, manusia tidak dapat lari dari pergaulan rakan dan taulan.Asas utama yang menjadi kunci adalah hati yang menjadi peranan penting dalam jiwa dan kehidupan Muslim untuk menegakkan iman yang kuat serta jati diri yang berasaskan ketakwaan kepada Allah serta mengingatiNya dengan berzikir dan berselawat kepada Rasulallah sepanjang masa.

Wahai pejuang islam,
Sedarlah. Kita sekarang berada di zaman yang penuh dengan fitnah, tribulasi, mehnah dan halangan..Ramai manusia sekarang tenggelam dalam melakukan dosa dan kemaksiatan..mereka terus tenggelam dalam melakukan kesalahan dan alpa kepada Allah sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri mereka sendiri..Banyak sekali godaan untuk melakukan kejahatan dan banyak pula penghalang manusia untuk melakukan kebaikkan…maka wahai sahabat kita perlu mendidik hati dan jiwa supaya sentiasa berada landasan dan jalan yang diredhaiNya, justeru itu kita perlu pukulkan hati kita dengan cemati mujahadah maka akan bersinarlah cahaya makrifah.

Sabda Baginda s.a.w yang bermaksud: “ Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir).

Rasulallah s.a.w pernah mengingatkan bahawa setiap amalan bergantung kepada niat. Sabda Rasullah s.a.w: “ sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat.” (riwayat muslim).

Hati ibarat raja kepada anggota badan.Hatilah yang berkuasa mengarahkan anggota badan melakukan itu dan ini, sama ada baik atau buruk. Jika seseorang itu melakukan perbuatan yang keji dan dilarang, itu bermakna empunya badan menerima arahan daripada hati yang tidak sihat. Walaupun hati adalah penjana dan pencetus kebaikkan atau keburukan, namun manusia diberikan oleh Allah nikmat yang membezakan manusia dengan haiwan iaitu akal. Dengan akal manusia dapat menentukan setiap tindakan dalam kehidupan.

Sekiranya hati sentiasa sihat pergaulan dan persahabatan sentiasa mesra dan bahagia. Sebaliknya andai hati tidak sihat maka tidak ada tolak ansur dalam pergaulan. Setiap tindakan sudah ketara tidak ikhlas dan boleh membawa kepada munafik disebabkan sering kali berbohong dan berdolak dalih mencari helah bagi melindung diri dari penipuan.

Jenis-jenis hati
Ulamak membahagikan hati manusia kepada beberapa jenis:
1) Hati yang sohih (qalbun sahih)
2) Hati yang mati (qalbun mayyit)
3) Hati yang sakit (qalbun maridh)

Racun hati
Racun hati kebanyakkannya adalah datang daripada anggota tubuh badannnya sendiri.
Anggota lidah apabila tidak pandai menjaga kata-kata, berlebih-lebihan dalam berbicara, suka mengadu domba, mengumpat, memfitnah dan berlebihan dalam pergaulan akan menjadi racun.
Manakala racun yang berpunca daripada mata pula ialah apabila berlebihan dalam melihat sesuatu yang diharamkan.

Racun juga berpunca dari perut, apabila berlebihan ketika makan…pesanan Lukmanul Hakim kepada anaknya: “ janganlah kamu banyak makan dan tidur kerana pada hari akhirat nanti, kamu akan miskin amal solehmu, ketika bertemu Allah.”

Mengenal hati yang sakit
Sabda Baginda s.a.w yang bermaksud: “ Jauhilah segala yang haram nescaya kamu menjadi orang yang paling khusyuk beribadah. Redalah dengan rezeki allah yang kamu terima nescaya kamu akan menjadi orang yang paling kaya. Berperilakulah yang baik kepada jiran nescaya kamu termasuk orang mukmin. Cintailah orang lain pada hal-hal yang kamu cinta bagi diri kamu sendiri nescaya kamu tergolong orang muslim dan janganlah terlalu banyak ketawa, sesungguhnya terlalu banyak ketawa itu mematikan hati.” (riwayat Ahmad dan Tirmizi)


Kata Syeikh Ibn Ata’illah memberikan panduan menerusi kata-katanya:
Sebahagian daripada tanda matinya hati, iaitu jika tidak merasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika terbuat suatu perlanggaran dosa.”
Sabda Baginda Rasullah s.a.w : “ Siapa yang merasa senang oleh amalnya kebaikkannya, dan merasa sedih atau menyesal atas perbuatan dosanya, maka dia seorang Mukmin (beriman).” (riwayat al-Tabrani)

Tanda2 hati sakit
Seseorang itu dapat dilihat secara zahir bahawa hatinya sakit apabila dia mengekalkan perkara berikut:
1) Mudah marah
2) Bakhil
3) Riya’
4) Kejam dan zalim
5) Fasiq
6) Hasad dengki
7) Berat melakukan ibadah
8) Sombong
9) ‘ujub

Setiap penyakit ada ubatnya. Maka ubat yang paling mujarab dan berkesan ialah kembali kepada Allah dengan rendah hati. Jagalah ibadah terutamanya solat.
Sabda Baginda Rasullah s.a.w : “Banyakkanlah sujud kepada Allah, sesungguhnya bila sujud sekali Allah akan mengangkat kamu satu darjat dan menghapuskan satu dosa kamu.” ( Riwayat Muslim)

Adab-adab pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Di dalam Islam, pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah di bataskan pada perkara yang tertentu sahaja dan di batas-batas yang tertentu

Percampuran yang di haruskan
Secara umumnya, lelaki dan wanita tidak perlu bergaul dan berinteraksi,kecuali dalam perkara-perkara yang tertentu sahaja barulah lelaki dan wanita dibenarkan untuk berinteraksi
Perkara-perkara itu adalah:
1) Perkara-perkara dharuriat
2) Perkara-perkara hajiat

Perkara-perkara dharuriat
Ia adalah pergaulan yang dibenarkan disebabkan oleh dharurat. Di antara contoh-contonya adalah:
1) Menemani seseorang perempuan yang berjalan di jalan yang jauh dari orang ramai
2) Melarikan seseorang perempuan untuk menyelamatnya

Perkara-perkara hajiat
Ia adalah pergaulan yang dibenarkan disebabkan oleh keperluan. . Di antara contoh-contonya adalah:
1) Urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak
2) Persaksian
3) Melayan tetamu pada batasnya
4) Kerja-kerja jihad dan dakwah
5) Kerja-kerja kehakiman
6) Amar Makruf nahi mungkar
7) Belajar dan mengajar
8) Dalam kenderaan awam.

Adab-adab pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Adab yang perlu di jaga oleh pihak lelaki adalah:
1) Ucapan yang makruf dan sopan
2) Menundukkan pandangan
3) Tidak terhimpit-himpit
4) Tidak berkhalwat
5) Menghindari tempat syubhat
Adab yang perlu dijaga oleh wanita secara khusus:
1) Iltizam dengan pakaian Islam
2) Ucapan yang tidak lunak atau bermanja-manja
3) Menjaga pergerakan
4) Menjauhi minyak wangi (Perfume)


“ Segala apa yang kau pandang, rasai dan miliki adalah kosong pada hakikatnya.
Jika engkau memeluk apa yang ada di sekelilingmu itu, engkau akan jauh dari cahaya kasih sayangNya
Nafsumu adalah penghalang besar untuk dirimu merasai sentuhan belaianNya yang amat lemah lembut….”

 
powered by Blogger