wajahnya Y cantik..??


Alhamdulillah, malam ini, berkesempatan untuk mengikuti satu tazkirah di Masjid Taman Selasih. Suasana yang tenang dan damai, menggerakkan hati ini,walau dalam berat kerana keletihan melakukan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Malam ini satu ilmu yang penting yang dapat dan lekat menusuk di hati ini….
Kata Rasulullah,“rupa seseorang yang cantik berseri-seri ini terbahagi kepada 3 kategori di akhirat kelak :


1. Wajah cantik yang berseri-seri seperti bintang di langit
2. Wajah cantik yang beri-seri seperti bulan purnama
3. Wajah cantik berseri-seri yang bercahaya sehingga tidak dapat dipandang

Sahabat sekalian, apakah yang dimaksudkan di sebalik ketiga-tiga kategori ini?

Yang dimaksudkan ialah yang Wajah cantik yang berseri-seri seperti bintang di langit ini ialah seseorang yang sedang melakukan kerja, akan tetapi apabila dia mendengar azan, dia segera meninggalkan kerjanya untuk menunaikan solat di masjid secara berjemaah.

Wajah cantik yang beri-seri seperti bulan purnama pula adalah seseorang yang ketika azan, dia sedang dalam perjalanan ke masjid untuk solat berjemaah.

Wajah cantik berseri-seri yang bercahaya sehingga tidak dapat dipandang dek kerana kilauannya pula ialah seseorang yang mana ketika azan dilaungkan, dia sudah ada beriktikaf di dalam masjid.

Persoalnnya??? Adakah kita tergolong dalam ketiga-tiga kategori di atas…
FIKIRLAH…dan insafilah diri..

Renungan :

Sabda Rasulullah “apabila kamu melihat seseorang yang berulang alik dari rumah ke masjid, bahawasanya dia adalah orang yang beriman..”

Malunya seorang wanita Islam...


MALUNYA WANITA DALAM QURAN


Didalam al-Quran disebut kisah dua anak Nabi Syuaib as dengan Nabi Musa as. Firman Allah swt:

"Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu" (25 : al-Qasas)

Dalam tafsir Sofwatut Tafasir menyatakan anak perempuan Nabi Syuaib as datang sambil menutup mukanya dengan pakaiannya.

Anak Nabi Syuaib as ini datang berjumpa dengan Nabi Musa atas arahan ayahnya yang sudah uzur.

Pengajaran: Wanita yang mempunyai urusan dengan lelaki hendaklah berjumpa dengan penuh rasa malu dan adab yang tinggi.


MALUNYA WANITA DALAM SUNNAH

كان صلى الله عليه وسلم أشد حياء من العذراء في خدرها


"Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada disebalik tirainya." (Hr Ahmad -sahih)

Dalam hadis menunjukkan kepada malunya seorang wanita terutama anak dara. Ia sepatutnya tidak mempamirkan diri kepada yang bukan mahramnya tanpa keperluan.

KISAH MALUNYA SEORANG WANITA

Seorang isteri telah mengemukakan aduan kepada qadi Mu'tadid Ali ar-Rayy tentang 500 dinar (wang mas) kahwin yang belum dibayar oleh suaminya. Wanita tadi membawa beberapa orang saksi yang menyokong dakwaannya. Si suami tidak mengakui dakwaan si isteri. Qadi pun menyuruh saksi-saksi untuk mengemukakan penyaksian mereka untuk menyokong dakwaan si isteri. Para saksi berkata:

"Wanita ini hendaklah memperlihatkan wajahnya supaya kami dapat pastikan dia lah wanita yang kami maksudkan."

Si Qadi menerima permintaan para saksi dan menganggapnya itu hak saksi2. Wanita menolak untuk menunjukkan mukanya kerana malu. Si Qadi menyuruh wanita tadi untuk memperlihatkan wajahnya untuk meneruskan dakwaan tadi. Tiba2 si suami yang bersimpati dengan isterinya segera berkata:

"Tidak usah tunjukkan muka mu. Aku mengakui dakwaan mu itu."

Si isteri terkesan dengan sikap suaminya lalu berkata:

"Aku menjadikan Allah sebagai saksi dan juga kamu semua bahawa aku halalkan semua mas kahwinku dunia dan akhirat."

Pengajaran: Walaupun ditempat yang sepatutnya wanita tadi membuka purdahnya untuk mendapatkan haknya tetapi oleh kerana itu sifat malu yang tinggi menyebabkan dia sanggup mengorbankan 500 dinar (wang emas).

KESIMPULAN

Oleh itu, walaupun wanita diharuskan meletakkan gambarnya diruang yang dilihat oleh bukan mahramnya selagi menutup aurat tetapi sebagai muslimah yang kuat pegangannya dengan Islam dan sifat malunya yang tinggi hendaklah menjaga dari mendedahkan gambarnya tanpa sebab dan tujuan seperti diletakkan gambarnya di blog dan friendster. Terutama yang mempunyai paras rupa yang cantik amatlah dituntut untuk mengelakkan perkara ini. Ini kerana Islam melarang wanita melakukan perkara yang boleh mencairkan hati lelaki dan menimbulkan fitnah. Firman Allah swt:


ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن


"Janganlah para wanita itu menghentak kakinya dengan tujuan supaya orang lelaki mendengar bunyi gelang kakinya sehingga menarik perhatian orang lelaki." (Sebahgian ayat 30 : an-Nur)

Peringatan: Hendaklah sifat malu ini tidak memilih jenis bangsa dan tempat. Jangan di luar negara (mesir contohnya) mempunyai malu yang tinggi tetapi tidak dimalaysia. Hendaklah sifat malu itu kerana Allah bukannya kerana manusia. Sentiasa mengawasi kita dimana sahaja kita berada.


MALUNYA WANITA TIDAK MENEGAH IA UNTUK KELUAR MENUNTUT ILMU AGAMA

Walaupun Islam menyanjung sifat malu pada wanita tetapi hendaklah sifat malu itu tidak menegah dari dia keluar menuntut ilmu. Kita lihat kesungguhan para wanita di zaman Nabi saw. Abu Sai'id al-Khudri berkata:

"Seorang wanita berjumpa Rasulullah saw dan berkata "Wahai Rasulullah, orang2 lelaki beruntung kerana selalu mendapat tazkirah darimu. Kami minta satu hari untuk kamu khususkan kepada kami bagi menyampaikan ilmu yang telah engkau ajarkan." Lalu Nabi saw menjawab:

اجتمعن يوم كذا وكذا

"Berhimpun pada hari sekian-sekian."

Kami pun berhimpun pada hari yang telah ditetapkan Nabi dan Nabi saw mengajar mereka apa yang telah ajarkan pada Nabi saw." (Hr Bukhari dan Muslim - sahih)

Dalam athar ada menyebut:

نعمت النساء نساء الأنصار لم يمنعهن الحياء من السوءال عن دينهن

"Sebaik-baik wanita adalah wanita ansar, sifat malu yang ada pada mereka tidak menghalang mereka bertanya dan mencari ilmu agama."

Pengajaran: Oleh itu ditempat yang diperlukan , wanita hendaklah berani ke hadapan. Kita lihat zaman Nabi dan para sahabat bagaimana berani Nusaibah ra berjihad menentang musuh, Rafidah al-Aslami merawat orang lelaki yang cedera dalam peperangan, Asma' bintu Abu bakar yang menghantar makanan pada Nabi dan ayahnya dalam peristiwa hijrah, Khaulah yang menegur Khalifah umar di khalayak ramai dan lain-lain. Jangan menggunakan alasan malu untuk menjauhkan dari kerja-kerja menegakkan Islam. Kerja-kerja ini adalah melibatkan lelaki dan perempuan seperti yang dinyatakan dalam ayat 71 surah at-Taubah.


Rujukan: Safwatut Tafasir oleh Sobuni, Makarimul Akhlak Fil Islam dan Riadus salihin oleh Imam Nawawi.

Sumbangan : Noor Azimah Muhammad Noor(salammahabbah.ning.com)
Guru,SMKA Baling


10 Muwassafat Tarbiyah

Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:

1) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

2) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

3) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

4) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Al Banna:

"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."

Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

5) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

6) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:

"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan."

Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.

7) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

8) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

9) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Wujud kita BUKAN hakiki

Wujud kita Bukan Hakiki

Suasana alam yang indah
Bagaikan menggerakkan
Seluruh jiwa dan raga
Untuk menari tarian kerinduan
Bersama muzik geseran alam
Bersama menari tarian cinta

Marilah wahai teman
Marilah wahai insan
Walau apapun wajahmu
Walau apapun pangkat dan bangsamu
Marilah…….

Kita menari dengan ayunan
Kerinduan dan kecintaan
Tinggalkan segalanya
Kosongkan segalanya
Kebelengguan nafsu khayalan
Segalanya itu merungsingkan
Segalanya itu penderitaan

Ayuh marilah
Asyikkan dirimu dengan irama
Muzik kecintaan dan kerinduan
Pada Yang Jamal dan Kamal
Pandanglah pandanglah
Sehingga engkau karam
Dalam minuman kemabukkan
Asma-asma Tuhan

Ayuh menari
Janganlah dihiraukan apa pandangan
Aku adalah sang perinduNya
Aku adalah sang pencariNya
Aku adalah pemabuk
Pada Kekasih yang hakiki.

Nukilan: Hj Ibrahim Mohamad.

Coretan alfaQir:

Aku pelik dengan ragam masyarakat sekarang….
Mereka terus tenggelam dalam kecintaan pada dunia..
Akhirnya mereka akan lemas dalam mencari destinasi yang sebenar…
Mereka tidak sedar bahawa, semakin bertambah hari perjalanan hidup mereka..
Semakin dekat kepada Sang Pencipta,
Mereka masih terus alpa bahawa kehidupan di dunia adalah sementara dan seketika sahaja
Kehidupan di dunia hanya diibaratkan sebagai persinggahan yang singkat kerana perjalanan masih jauh lagi
Mereka sedar tentang hakikat dunia yang fana’ ini, tetapi mereka masih lalai dalam mengingatiNya.
Mereka lebih suka mencari cinta yang tidak kekal iaitu cinta makhluk
Berbanding ingin mencari dan meraih cinta yang kekal..
Mereka masih memenjarakan akal yang dianugerahkan dengan hawa nafsu

Wahai saudaraku!!!
Bangunlah!!
Sedarlah!!!
Daripada terus tidur dalam kelalaian..
Marilah kita mencari cinta yang sebenar..
Marilah kita berkhidmat kepadaNya..
Biar kita letih dan penat disini
Agar kesenangan nikmat yang hakiki menanti di sana..
Marilah kita menghayati asma’-asma’Nya yang sempurna
Maka ia menyebabkan, kita dapat melakukan semua kebaikkan
Dan menjauhkan dari segala kejahatan..
Marilah kita melenyapkan kewujudan diri kita
Kewujudan yang hakiki adalah Sang Pencipta..
Cukuplah dengan maksiat yang kita lakukan
Marilah kita kembali kedalam dakapan kasih sayangNya

Aku merayu sangat kepada semua!!! Marilah kita berkhidmat untuk Islam
Marilah kita membawa panji-panji Islam
Marilah kita membanggakan hati Sang kekasihNya.

Mudah-mudahan kita mati dalam Islam!!!

Coretan buat SahaBat

Mutiara tidak akan berharga jika tiram tidak berpindah dari laut ke darat...
selalunya, perit untuk membuat sesuatu perubahan...
namun, dengan istiqamah...hasil yang diperolehi pasti setimpal dengan pengorbanan yang kita lakukan...
percayalah!!! Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa...
Mengenali seseorang itu kadangkala juga membuat kita mengalir airmata...
Sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa.... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu....
Tapi, sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya seketika dan sekadar TEMAN SEMENTARA... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN

Ya Allah, kami sangat merindui Sang kekasihMu!!!

Aku mula penulisanku ini dengan lafaz syukur yang tidak terhingga kepada Sang Pencipta kerana masih lagi membekalkan hidayah dan taufiq daripadaNya. Selawat dan salam keatas junjugan besar Penghulu segala anbia’ iaitu Sayyiduna Muhammad SAW dan kepada ahli keluarganya..
Bersykurlah kamu sekalian kerana masih mampu lagi untuk mengecapi lagi nikmat Iman dan Islam. Kamu masih lagi dapat menyebut dan melafazkan lagi kalimah syahadah. Marilah kita mamperbaharui Iman kita dengan kita melafazkan bersama-sama bagi sesiapa yang sedang membaca penulisan alfaqir ini, " أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله." .
Sekiranya Allah SWT menganugerahkan kepada segala nikmat dunia dan seisinya kepada diri kita, tetapi tidak dianugerahkan nikmat untuk mengucapkan lafaz kalimah toyyibah ini, maka kita merupakan hamba yang rugi dan dicelakan oleh Allah SWT manakala bagi seseorang yang tidak dianugerahkan nikmat dunia dan seisinya, tetapi dianugerahkan lidah yang mudah dan lancar umtuk melafazkan kalimah ini, maka ia merupakan hamba yang beruntung dan mendapat kejayaan di sisiNya. Sekiranya kamu menimbang kalimah toyyibah dengan dunia dan seisinya di atas sebuah neraca, nescaya kalian akan melihat kalimah toyyibah ini lebih berat daripada dunia dan seisinya. Semua ini adalah dengan keberkatan Muhammad ibn Abdullah..Bodah dan rugilah bagi seseorang yang tidak berselawat dan mencintai Baginda SAW sebagai tanda syukur menjadi umat Baginda yang sangat dikasihi oleh Allah SWT.

Ya Allah kami merayu kepadaMu, himpunkan kami di padang Mahsyar kelak bersama Nabi Muhammad SAW.

Wahai saudaraku mengapa hati kita sombong dan ego tidak mahu berselawat dan mencintai, kasih kepada Baginda. Sedang diciptakan kita seluruh dan sekalian makhluk yang lain adalah asbab dijadikan nur yang penuh kemuliaan iaitu Nur Muhammad SAW.


Wahai saudaraku seperjuangan!! Wajib keatas kita mencintai, rindu dan kasih kepada Sang kekasihNya. Berdasarkan firman Allah SWT di dalam Surah Al Taubah, ayat:24 yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu (atau suami-suami kamu), kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usakankamu, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya, dan daripada berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan kepetusanNya (azab seksaNya); kerana allah tidak akan member petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka).”

Cukuplah ancaman dan juga balasan dahsyat yang dijanjikan oleh Allah bagi orang-orang yang mengasihani kaum keluarganya, harta bendanya melebihi kecintaannya kepada Allah dan Rasul SAW menjadi motivasi, peringatan, dalil yang jelas dan hujjah yang menunjukkan ke atas thasbit kewajipan dan kefardhuan mengasihi Nabi SAW, membesarkan kedudukan Baginda SAW, dan tuntutan melaksanakan hak mengasihinya dengan sempurna.

Malah di dalam hadis juga dituntut mencintai Nabi SAW. Di antaranya ialah hadith yang dipetik daripada riwayat Anas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak beriman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihi daripada anaknya, ibu bapanya dan manusia seluruhnya”.

Kekadang mengalir air mataku membasihi mimpi, pertanyaan di dalam lubuk hati kecil ini, ‘sejauh mana kecintaanku terhadap Rasulullah SAW dan mana bukti aku mencintai Rasululallah SAW???.Sedih mendengar kisah percintaan para sahabat dan para salafussoleh terhadap Baginda SAW..Ingin aku bawakan beberapa kisah mereka disini:


Daripada Ibnu Ishaq: Bahawa seorang wanita Ansar telah terbunuh bapanya, saudaranya dan suaminya dalam peperangan Uhud bersama Rasululallah SAW. Maka ia berkata: Bagaimanakah keadaan Rasulallah SAW? Mereka menjawab: Keadaan Baginda, Alhamdulillah sebagaimana yang kamu sukai. Kata wanita itu: Perlihatkanlah Baginda SAW kepadaku sehingga aku boleh melihatnya. Maka tatkala dia melahatnya, dia berkata:
“Setiap musibah yang menimpaku, selepas melihat engkau berada dalam keadaan sihat dan selamat, menjadi kecil bagiku”
Tatkala Sayyiduna Bilai RA hamper meninggal dunia, isterinya berseru: Alangkah sedihnya! Lalu Bilal berkata:
“Alangkah gembiranya aku! Esok aku akan bertemu dengan insan yang paling aku kasihi, Muhammad dan sahabat-sahabatnya.”
Diriwayatkan bahawa seorang wanita berkata kepada Sayyidutuna Aisyah: Bukakanlah untukku tabir maqam Rasulallah SAW. Maka beliau membukanya. Lantas wanita itu menangis sehingga meninggal dunia.

Wahai umat Muhammad SAW!!! Kata ulama’: Yang dimaksudkan kasih terhadap Nabi SAW ialah Beriktiqad bahawa wajib membantu agamanya, mempertahankan sunnahnya daripada terhapus, mengikutnya dan takut sekiranya menyalahi jalannya.
Persoalannya, Sejauh mana kita melibatkan diri kita dalam meneruskan perjuangan Rasulullah SAW??? sejauh mana kita menegakkan SunnahNya???
Janganlah kita terus tenggelam dan lemas di dalam kelalaian maksiat,marilah kita bangun daripada kesedaran untuk menolang agama Islam..marilah kita menjadi tentera-tentera Allah…

Ya Allah! anugerahkan kepada kami perasaan yang membenih di jiwa kami,iaitu perasaan cinta kepada Sang kekasihMu, dan matikanlah kami dalam Islam..aamin ya Rab!!

Peranan zikir dalam kehidupan


Maksudnya: Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (Ulul- Albab), (yaitu) orang-orang yang mengingat “ALLAH” sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa nerakaMu !!”.

Zikir merupakan satu amalan yang sangat dituntut di dalam kehidupan, mahu atau tidak mahu untuk menjadikan perjalanan kehidupan seseorang sakinah, selamat, maka ia tidak boleh pisahkan kehidupan dengan berzikir kepada Allah SWT. Allah menerangkan di dalam Al-Quran, surah al- Jumu’ah ayat 10 yang bermaksud, “ Dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya supaya kamu beruntung.”

Alangkah gembiranya sekiranya seorang kuli atau hamba selalu diingati dan senantiasa mendapat belas kasihan daripada majikannya !!! Begitulah kita sebagai hamba di atas Bumi ini akan sentiasa mendapat rahmatNya, pertolanganNya dan ihsanNya sekiranya didalam kehidupan kita senantiasa mengingati tuan yang menciptakan kita….Di dalam surah Al-Baqarah ayat 152 yang bermaksud, “ Kerana itu, ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.”

Wahai pejuang sunnah nabi SAW, sudah menjadi kewajipan bagi kita (pendakwah) mendidik hati akan segar dan jernih, menghilangkan karat di hati, menjadikan hati yang peka….maka Salah satunya jalan untuk mendapat hati sedemikian dengan zikrullah. Dalam hadis nabi SAW yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi, yang bermaksud:

“Tiap satu itu ada penggilapnya. Penggilap hati ialah zikrullah. Tidak ada (perbuatan) yang lebih menyelamatkan seseorang dari azab Allah lain dari zikrullah.” Sahabat bertanya: “Jihad fisabilillah pun tidak boleh (menandinginya).” Jawab Rasulallah SAW : “Walau pun ia terus mencantas musuh dengan pedang sampai jatuh.”

Sahabat!!! Rasa kehadiran Allah di dalam hidup yang penuh dengan onak duri, pukulan ombak yang besar, ia akan wujud dengan hati yang selalu ingat kepadaNya……Rasa Allah sentiasa memerhati garak dan diam kita ialah dengan zikrullah..Satu kisah yang alfaqir bawa disini:

‘Abdullah bin Dinar menceritakan; bahawa pada suatu hari saya keluar bersama ‘Umar Ibnu Khattab R.A. menuju Mekah. Di tengah jalan kami rehat. Kemudian tutun kearah pengembala kambing dengan kambing gembalaannya. Beliau berkata: “Hai pengembala, jualkanlah kepadaku seekor dari kambing-kambing ini.” Pengembala itu lantas menjawab; katanya: “Saya ini hanyalah seorang hamba (khadam).” ‘Umar R.A. berkata: “Katakanlah kepada tuanmu bahawa dia telah dibaham serigala.” Pengembala itu lantas meningkah dan berkata: “Di manakah Allah??” (mendengar jawapan itu) ‘Umar R.A. pun menangis. Kemudian beliau membeli pengembala tersebut dari tuannya dan memerdekakannya: ‘Umar berkata kepadanya: “Ucapanmu itu telah membebaskan engkau (dari perhambaan). Aku berharap ia dapat pula membebaskan engkau di akhirat kelak.”

Pada suatu ketika seorang lelaki datang meminta nasihat daripada Rasulallah SAW. Maka Rasulallah SAW pun berkata: “Apabila engkau hendak melakukan sesuatu, maka kajilah akibatnya. Kalau sekiranya elok maka teruskan. Kalau sekiranya buruk maka hentikanlah,”

Mudah-mudahan kita diberikan kekutan untuk berzikir kapadaNya !!!

Saidina Ali r.a telah memberikan empat sifat orang bertakwa:

1) Ia takut Allah kerana keagunganNya

2) Ia melaksanakan ajaran yang diturunkan Allah

3) Ia redha dengan rezeki yang sedikit

4) Ia membuat persediaan untuk menghadapi hari kematian.



“Kami rela kalah kerana melaksanakan Islam, kita rela ditolak rakyat kerana melaksanakan suruhan Allah, apalah ertinya sebuah pemerintahan tanpa redha Allah.” –Tn.Guru Hj Hadi Awang

“kejayaan bg. Sesuatu cita-cita atau fikrah hanya akan tercapai apabila mendokong fikrah itu mempunyai keimanan yang kuat, keikhlasan yang padu, semangat yang tinggi serta kesediaan untuk berkerja dan berkorban secara berterusan.” – al-murabbi, almarhum Ust Fadzil Mohd Noor.


PeNTingKah CiNta daLaM KeHidUpaN ???!

Cinta adalah naluri kasih sayang, perasaan mulia dimiliki manusia dan ruh yang wujud ini sangat berperanan dalam kehidupan sebagai pengubat hati dan sebuah alat utama keamanan. Jika hukum grativiti alam ini dapat menahan bumi, planet serta galaksi agar tidak saling bertembung sehingga berguguran atau hancur dan lenyap, maka hukum cintalah yang dapat memelihara hubungan manusia dari permusuhan, kerosakan dan peperangan.

Cinta merupakan faktor utama dalam membentuk serta memelihara hubungan kekeluargaan, keperibadian anak, jalinan sosial, serta persahabatan. Bahkan cinta dapat membentuk ikatan yang kukuh dan mendalam antara manusia dengan Allah SWT serta antara umat Islam dengan Rasulallah SAW. Sehingga mereka ikhlas dalam beribadah, berpegang kepada syariatNya serta menjadikan RasulNya sebagai qudwah utama dalam segala perilaku.

Cinta di dalam kehidupan manusia muncul dalam berbagai bentuk, ada cinta kepada diri sendiri, cinta kepada orang lain, kepada isteri dan anak-anak, cinta kepada harta, cinta kepada ALLAH SWT dan Rasulallah SAW, cinta kepada alam dan semua makhluk ALLAH SWT yang terdapat di dalamnya. Bahkan cinta seorang mukmin yang sempurna imannya adalah cinta yang luas, mendalam dan jitu. Di dalam Al-Quran terdapat beermacam-macam kisah yang telah disebutkan seperti cinta yang dapat melenyapkan dan mencegah kebencian kerana cinta adalah menghilangkan kebencian.

Inilah nilai cinta yang dikenal orang sejak dahulu hingga kini, mereka mengatakan: Andai cinta telah berkuasa maka tidak ada gunanya keadilan dan undang-undang.

Seorang pembesar sufi Jalaluddin Ar-Rumi berucap: Sesungguhnya cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi jernih, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi teman, kepedihan menjadi kenikmatan, tekanan menjadi rahmat. Ia juga dapat melembutkan besi, meleburkan batu, membangkitkan kematian dan menghembuskan kehidupan.

Persoalannya: adakah masyarakat sekarang mempunyai cinta sepertimana yang dianjurkan oleh syarak???

Atau cinta yang mengikut hawa nafsu???

Sahabat!! Marilah kita menggunakan perasaan cinta dalam diri kita diatas jalan yang diredhaiNya..

 
powered by Blogger